awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekalan air Hulu Selangor pulih, enam daerah lain 72.8 peratus

Sinar Harian
Sinar Harian
11/10/2023
03:40 MYT
Bekalan air Hulu Selangor pulih, enam daerah lain 72.8 peratus
Bekalan air akan diterima secara berperingkat dan dijangka pulih sepenuhnya pada jam 12 tengah malam Khamis. - Gambar hiasan
SHAH ALAM: Bekalan air di Hulu Selangor telah pulih sepenuhnya sementara tahap pemulihan di enam daerah lain mencapai 72.8 peratus.
Air Selangor memaklumkan, peratusan pemulihan mengikut kawasan adalah Petaling dengan 85.3 peratus, Kuala Lumpur (18.6 peratus), Gombak (56.2 peratus), Shah Alam (82.9 peratus), Klang (80.2 peratus) dan Kuala Selangor 97.9 peratus.
Menurutnya, bekalan air akan diterima secara berperingkat dan dijangka pulih sepenuhnya pada jam 12 tengah malam Khamis.
"Antara kawasan yang belum pulih di Kuala Selangor (Bukit Kerayong, Jeram Estate, Jeram), Shah Alam (Seksyen 15, Seksyen 12-Kampung Kebun Bunga, Seksyen 29, Seksyen 30, Seksyen 32, Seksyen 34, Seksyen 35, Taman Kandis Permai, Taman Sentosa-Jalan Hulubalang, Taman Subang Mas).
"Bagi Klang (Armada Putera, Bandar Baru Bukit Raja, Bandar Putera 2, Bukit Kapar, Jalan Samarinda, Kampung Cherakah, Kampung Johan Setia, Kampung Kastam, Kampung Raja Uda, Kampung Teluk Gong, Kampung Pulau Indah, Meru, Perindustrian Pulau Indah Fasa 1, Taman Klang Jaya, Taman Sentosa, Taman Sri Andalas, Westport)," menurut perkongsian di Facebook Air Selangor.
Pada Selasa Air Selangor memaklumkan loji rawatan air Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1), SSP2, SSP3 dan Rantau Panjang dihenti tugas sementara susulan pencemaran bau dikesan di Sungai Selangor.
Bagaimanapun, bekalan air kembali disambung kepada pengguna jam 4 pagi selepas masalah pencemaran itu berjaya diatasi.
Dalam pada itu, Air Selangor menyarankan pengguna yang telah atau akan mendapat bekalan air untuk membiarkan pili air mengalir sehingga air jernih sebelum digunakan untuk kegunaan harian.
"Pengguna yang telah mendapat bekalan air disaran menggunakan air secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan di kawasan yang masih terjejas berjalan lancar," ujar Kenyataan itu.
Pengguna boleh mendapatkan maklumat berhubung gangguan bekalan air tidak berjadual ini daripada semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi rasmi seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan X atau hubungi Air Selangor di talian 15300 atau layari https://www.airselangor.com/. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#bekalan air
#Air Selangor
#pencemaran bau
#Sungai Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan