awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
China bangunkan pemacu gelombang mikro 20GW yang mampu lumpuhkan satelit
Malaysia, India terus perkasa kerjasama termasuk perdagangan, kestabilan serantau - Mohamad Hasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekalan air: SATU minta bantuan syarikat lain jika keadaan kritikal

Bernama
Bernama
11/07/2016
14:10 MYT
Bekalan air: SATU minta bantuan syarikat lain jika keadaan kritikal
Bantuan beberapa syarikat bekalan air perlu sekiranya keadaan terus kritikal. - Gambar fail
Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU) akan meminta bantuan beberapa syarikat bekalan air di Pahang dan Kelantan membekalkan air bersih kepada penduduk terjejas di beberapa kawasan, sekiranya keadaan terus kritikal.
Ketua Pegawai Eksekutif SATU Ir Atemin Sulong berkata ini kerana tangki utama lojinya tidak mampu membekalkan air bersih kepada hampir 155,000 rumah penduduk yang terjejas di sekitar Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Marang.
"Kita berharap pengguna dapat bersabar...kita sedang melaksanakan proses baik pulih secepat mungkin bagi memberikan perkhidmatan terbaik selain berharap pengguna dapat menggunakan air dengan berhemat sepanjang gangguan bekalan ini.
"Kita menjangka proses pemulihan ini mungkin mengambil masa seminggu kerana melibatkan skala yang besar namun, kita cuba mengatasinya dengan secepat mungkin," katanya kepada Bernama di sini.
Sabtu lepas, lebih 500,000 pengguna di daerah Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Marang mengalami gangguan bekalan air apabila suis utama loji Air Kepong meletup dan terbakar akibat dipanah petir pada petang Jumaat.
Atemin berkata buat sementara waktu, SATU akan meletakkan tangki statik di kawasan tumpuan ramai seperti masjid, surau dan balai raya serta menghantar bekalan air dengan lori tangki khususnya di kawasan yang kritikal.
"Ini termasuk kepada pengguna yang akan mengadakan kenduri kahwin, kematian dan lain-lain majlis," katanya sambil meminta pengguna berkenaan menghubungi SATU.
Topic Berkaitan
#air bersih
#Atemin Sulong
#SATU
#Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd
#syarikat bekalan air
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan