awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Melania Trump nafi dakwaan hubungan dengan Epstein, desak pendengaran Kongres
Konflik Asia Barat: Israel mahu adakan rundingan terus dengan Lubnan
Konflik Asia Barat: Delegasi Iran akan ke Pakistan untuk rundingan damai dengan AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekalan beras di Sabah mencukupi, pengguna dinasihatkan jangan panik

Bernama
Bernama
03/04/2026
12:40 MYT
Bekalan beras di Sabah mencukupi, pengguna dinasihatkan jangan panik
Chan berkata, BERNAS memberi jaminan bekalan beras di Sabah adalah mencukupi untuk menampung keperluan semasa dan kerajaan negeri turut mempertingkatkan pemantauan di seluruh rantaian pengedaran bagi memastikan keterjaminan makanan terus terpelihara. - Ga
Pengguna dinasihatkan supaya tidak panik dan berbelanja secara berhemat kerana bekalan beras di Sabah ketika ini masih mencukupi bagi menampung keperluan rakyat dan berada dalam keadaan terkawal.
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Chan Foong Hin berkata, pembelian panik yang berlaku bukan berpunca daripada kekurangan bekalan, sebaliknya didorong oleh penularan maklumat tidak sahih yang mencetuskan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.
“Tindakan menyebarkan khabar angin sedemikian bukan sahaja mengelirukan rakyat, malah berpotensi mengganggu kestabilan pasaran,” katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.
Chan berkata, beliau telah mengadakan pertemuan bersama Ketua Operasi Pejabat Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) Sabah, Hervian Kirman dan Timbalan Pengarah Kawalselia Padi dan Beras Sabah, Rosman Shamsul bagi mendapatkan gambaran semasa situasi bekalan bahan makanan asas di Sabah.
Beliau berkata, BERNAS memberi jaminan bekalan beras di Sabah adalah mencukupi untuk menampung keperluan semasa dan kerajaan negeri turut mempertingkatkan pemantauan di seluruh rantaian pengedaran bagi memastikan keterjaminan makanan terus terpelihara.
“Orang ramai turut diseru supaya kekal tenang, berbelanja secara berhemat serta mendapatkan maklumat daripada sumber rasmi bagi mengelakkan sebarang kekeliruan.
“Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak melakukan pembelian secara berlebihan atau hoarding kerana tindakan itu boleh menjejaskan kestabilan pasaran serta mengganggu akses pengguna lain terhadap bekalan beras,” katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#BERNAS
#Kestabilan Pasaran
#makanan asas
#gambaran semasa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan