awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PETRONAS peroleh PSC bagi kluster permata di luar pantai Sabah
Jawatankuasa Gaza nanti mesyuarat Lembaga Keamanan sahkan komitmen dana bantuan, pembangunan semula
Negara Arab, Islam kecam langkah terbaharu Israel kukuhkan kawalan di Tebing Barat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas ADUN Permas Che Zakaria Mohd Salleh meninggal dunia

Bernama
Bernama
25/08/2025
15:58 MYT
Bekas ADUN Permas Che Zakaria Mohd Salleh meninggal dunia
Allahyarham sebelum ini berkhidmat sebagai ADUN Permas bagi penggal 2018-2022, selain aktif dalam pelbagai kegiatan masyarakat setempat di Johor Bahru. - Gambar Bernama
JOHOR BAHRU: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas Datuk Che Zakaria Mohd Salleh, 64, meninggal dunia kira-kira 9.50 malam di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini hari ini.
Berita kematian ADUN itu dimaklumkan oleh Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor Aminolhuda Hasan dalam kenyataan malam ini.
Beliau berkata Allahyarham yang juga Ahli Jawatankuasa Amanah Johor disifatkan sebagai seorang sahabat dan pemimpin yang banyak menabur bakti kepada masyarakat.
"Amanah Johor merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham dan mendoakan agar mereka diberi ketabahan dalam menghadapi ujian ini.
"Marilah kita bersama-sama menyedekahkan al-Fatihah dan mendoakan agar roh beliau dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh," katanya.
Beliau berkata maklumat lanjut berhubung pengebumian akan dimaklumkan kemudian.
Allahyarham sebelum ini berkhidmat sebagai ADUN Permas bagi penggal 2018-2022, selain aktif dalam pelbagai kegiatan masyarakat setempat di Johor Bahru.
Bekas ADUN Bersatu itu mengumumkan menyertai Amanah pada Julai 2022.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ADUN
#Parti Amanah Negara
#ucapan takziah
#meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan