awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran bakal beri penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei selepas 40 hari pemergiannya
Tiada sambungan kontrak pegawai farmasi capai had maksimum - KKM
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas Adun Tupong meninggal dunia

Bernama
Bernama
02/07/2017
10:46 MYT
Bekas Adun Tupong meninggal dunia
Daud (gambar) meninggalkan seorang isteri Datin Noraini Hussin, seorang anak lelaki, serta dua anak perempuan. - Gambar fail
Bekas Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong Datuk Daud Abdul Rahman meninggal dunia di Pusat Perubatan Timberland (TMC) petang ini.
Beliau berusia 66 tahun.
Anak beliau, Siti Masitah, 34, berkata bapanya meninggal dunia pada 4.10 petang akibat komplikasi jantung selepas dimasukkan ke TMC sejak Rabu.
"Ayah mengadu sakit di bahagian perut sejak Raya pertama (pada Ahad) sebelum ke TMC pada Rabu.
"Kira-kira 2.30 petang tadi, ayah nazak sebelum disahkan doktor meninggal dunia," katanya ketika ditemui di kediaman mereka di sini, hari ini.
Daud berkhidmat sebagai ADUN Tupong selama lima penggal sejak 1991 sebelum mengundur diri dan tidak bertanding pada pilihan raya negeri 2016.
Beliau meninggalkan seorang isteri Datin Noraini Hussin,64, seorang anak lelaki berusia 37 tahun serta dua anak perempuan berusia 31 dan 34.
Jenazahnya dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Samariang esok.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#ADUN
#Daud Abdul Rahman
#meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan