awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
PM Anwar pengerusikan Mesyuarat MB dan KM, perkukuh penyelarasan Kerajaan Pusat-Negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas CEO 1MDB negatif COVID-19, kata TPR

Bernama
Bernama
11/02/2021
11:13 MYT
Bekas CEO 1MDB negatif COVID-19, kata TPR
Mohd Hazem, yang kini di peringkat memberi keterangan dalam pemeriksaan balas oleh peguam Najib Razak, Aizuddin Wan Mohammed, dalam perbicaraan bekas PM itu berkaitan 1MDB, tidak dapat berbuat demikian semalam kerana demam. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB Mohd Hazem Abd Rahman, saksi pendakwaan ke-10 dalam perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak, yang dilaporkan tidak sihat, disahkan negatif COVID-19.
Keputusan ujian itu dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Mohamad Mustafa P Kunyalam kepada Bernama melalui khidmat pesanan ringkas.
"Beliau memaklumkan kami keputusan ujian adalah negatif. Bagaimanapun kami tidak akan memanggilnya hari ini (untuk memberi keterangan)," kata Mohamad Mustafa.
Mohd Hazem, yang kini di peringkat memberi keterangan dalam pemeriksaan balas oleh peguam Datuk Seri Najib Tun Razak, Wan Aizuddin Wan Mohammed, dalam perbicaraan bekas perdana menteri itu berkaitan 1MDB di Mahkamah Tinggi di sini, tidak dapat berbuat demikian semalam setelah dilaporkan demam.
Setelah mahkamah dimaklumkan mengenai perkara itu, Hakim Collin Lawrence Sequerah mengarahkan Mohd Hazem, 47, menjalani ujian swab dan perbicaraan disambung dengan mendengar keterangan saksi ke-11, bekas Timbalan Ketua Setiausaha (Kabinet) Tan Sri Mazidah Abdul Majid.
Najib, 67, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah yang sama.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#1MDB
#Najib Razak
#Wan Aizuddin Wan Mohammed
#1Malaysia Development Berhad
#Mazidah Abdul Majid
#penggubahan wang haram
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan