awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran bakal beri penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei selepas 40 hari pemergiannya
Tiada sambungan kontrak pegawai farmasi capai had maksimum - KKM
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas jurujual didakwa pecah amanah barang kemas lebih RM200,000

Bernama
Bernama
29/11/2024
08:45 MYT
Bekas jurujual didakwa pecah amanah barang kemas lebih RM200,000
A. Mitra Tarannia, 21, didakwa melakukan pecah amanah ke atas barang kemas bernilai RM230,264 milik sebuah kedai emas di Jalan Masjid India. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang bekas jurujual kedai emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan pecah amanah barang kemas bernilai lebih RM200,000.
A. Mitra Tarannia, 21, didakwa melakukan pecah amanah ke atas barang kemas bernilai RM230,264 milik sebuah kedai emas di Jalan Masjid India di sini antara Februari dan Julai lepas.
Wanita itu dituduh mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum setahun dan maksimum 14 tahun dan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya M. Saravanan mencadangkan jaminan RM60,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan tertuduh perlu melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali sehingga kes selesai dan tidak mengganggu saksi.
Peguam Gursharon Kaur, yang mewakili tertuduh memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya kini bekerja sebagai pekerja stor sebuah kedai serbaneka dan mempunyai tanggungan keluarga.
Hakim Azrul Darus membenarkan tertuduh diikat jamin RM40,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan perlu melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali dan menetapkan 8 Jan depan bagi sebutan kes.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jurujual kedai emas
#Masjid India
#pecah amanah
#kes mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan