awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
Pendirian PM Anwar berhubung serangan berterusan ke atas Iran dipuji
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran pembalasan keras atas serangan terhadap orang awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid meninggal dunia

Astro AWANI
Astro AWANI
19/02/2026
05:13 MYT
Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid meninggal dunia
Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad meninggal dunia pada usia 84 tahun dan jenazah dijangka dikebumikan selepas solat Asar, hari ini. - Foto/ Astro AWANI
Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad meninggal dunia pada usia 84 tahun, hari ini.
Perkara itu disahkan dalam satu kenyataan rasmi keluarga, namun butiran lanjut mengenai punca kematian Allahyarham belum didedahkan.
Difahamkan jenazah Allahyarham masih berada Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), dan proses pengebumian dijangka selepas solat Asar.
Tun Abdul Hamid dikenali atas sumbangan beliau yang besar kepada sistem kehakiman negara dan peranan beliau dalam memperkukuh integriti serta tadbir urus badan kehakiman Malaysia sepanjang kerjayanya.
Allahyarham dilahirkan pada 18 April 1942 di Kampung Permatang Tinggi Bakar Bata, Kepala Batas, Pulau Pinang.
Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Sungai Keladi dan menengah di St. Xavier’s Institution sebelum memperoleh ijazah perundangan dari Universiti Singapura pada 1969.
Beliau memulakan kerjaya dalam perkhidmatan kehakiman sebagai majistret di Kangar, Perlis dan Tapah, Perak, serta menyandang pelbagai jawatan penting termasuk Penolong Pengarah Biro Bantuan Guaman, Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi dan Ketua Pendakwaan di Jabatan Peguam Negara.
Abdul Hamid dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman pada 1 Mei 1990, Hakim Mahkamah Tinggi pada 1992, Hakim Mahkamah Rayuan pada 1 September 2000 dan Hakim Mahkamah Persekutuan pada 1 Ogos 2003.
Beliau kemudian dilantik sebagai Ketua Hakim Negara pada usia 65 tahun.
Astro AWANI akan membawakan perkembangan terkini perjalanan terakhir Allahyarham di semua platform digital dan saluran 501.
Topic Berkaitan
#Bekas Ketua Hakim Negara
#Tun Abdul Hamid Mohamad
#meninggal dunia
#Tun Abdul Hamid meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan