awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran bakal beri penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei selepas 40 hari pemergiannya
Tiada sambungan kontrak pegawai farmasi capai had maksimum - KKM
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan meninggal dunia

Bernama
Bernama
30/07/2017
05:34 MYT
Bekas Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan meninggal dunia
Bekas Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan Lt Jen (B) Tan Sri Wan Abu Bakar Wan Omar, 68, meninggal dunia kerana sakit tua di Pusat Perubatan Prince Court di ibu negara malam tadi. -Gambar fail
Bekas Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan Lt Jen (B) Tan Sri Wan Abu Bakar Wan Omar, 68, meninggal dunia kerana sakit tua di Pusat Perubatan Prince Court di ibu negara malam tadi.
Menurut anak tunggalnya, Wan Lukman Hadi, 21, Allahyarham telah dimasukkan ke pusat perubatan itu selepas mengadu sakit dada sejak 17 Julai lepas dan menghembuskan nafas terakhir pada kira-kira 11.52 malam tadi.
"Jenazah telah disembahyangkan di Masjid Abu Bakar As Siddiq di SS19 dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 22, Subang Jaya pada kira-kira pukul 9 pagi tadi," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Allahyarham Wan Abu Bakar yang juga Pengerusi TDM Berhad iaitu sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di Terengganu meninggalkan seorang isteri, Puan Sri Rohaini Ali, 64, dan seorang anak (Wan Lukman Hadi).
Allahyarham pernah menabur bakti dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) selama 39 tahun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perisikan Pertahanan Lt Jen
#Tanah Perkuburan Islam USJ 22
#Wan Abu Bakar Wan Omar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan