awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas peguam didakwa pecah amanah wang firma guaman RM1.34 juta

Bernama
Bernama
15/12/2021
09:32 MYT
Bekas peguam didakwa pecah amanah wang firma guaman RM1.34 juta
Loo Keong Loong, 45, mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun dan Hakim Datin Sabariah Othman. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang bekas peguam dihadapkan ke Mahkamah Sesyen berasingan di sini, hari ini atas 18 pertuduhan pecah amanah membabitkan wang sebuah firma guaman berjumlah RM1.34 juta, lima tahun lalu.
Loo Keong Loong, 45, mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun dan Hakim Datin Sabariah Othman.
Tertuduh didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di firma guaman tersebut di Jalan Solaris Mont Kiara di sini, antara 6 Jan dan 23 Feb 2016, mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang dari dua tahun dan penjara maksimum 20 tahun, dengan sebat dan denda, jika sabit kesalahan.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM70,000 dengan tiga orang penjamin bagi kesemua pertuduhan berserta syarat tambahan perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan pada setiap bulan dan pasport diserahkan kepada mahkamah serta tidak mengganggu saksi pendakwaan sehingga kes selesai.
Mahkamah menetapkan 21 Jan depan untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurliyana Mohd Jafri dan Nur Aqilah Ishak manakala tertuduh diwakili peguam Tan Teck Yew.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bekas peguam
#Loo Keong Loong
#pecah amanah
#Seksyen 409 Kanun Keseksaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan