awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
CPI 2025: Malaysia komited perkukuh usaha capai kedudukan 25 teratas - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas pekerja kilang didakwa terima arahan daripada anggota Daish

Bernama
Bernama
05/01/2017
10:25 MYT
Bekas pekerja kilang didakwa terima arahan daripada anggota Daish
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Unit Jenayah Berat Mohd Izhanudin Alias di hadapan Majistret Noor Aisyah Ahmad. - Gambar hiasan
Seorang bekas pekerja kilang dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas tiga pertuduhan termasuk menerima arahan daripada seorang anggota kumpulan Daesh untuk melakukan perbuatan pengganas, tahun lepas.
Bagi pertuduhan pertama, Mohammad Firdaus Abdullah, 27, didakwa menerima arahan daripada Muhammad Fudhail Omar, 25, untuk melakukan perbuatan pengganas melalui aplikasi media sosial Telegram atas nama 'Jengking Malaya' di Jalan Padu, Kawasan Perindustrian Tampoi, Larkin, di sini, antara 3.38 pagi dan 3.50 pagi, 25 Mac lepas.
Pertuduhan kedua, Mohammad Firdaus didakwa memiliki 89 video dan sembilan keping imej berkaitan Daesh dan 34 video berkaitan al-Qaeda dalam sebuah cakera keras serta 64 gambar berkaitan Daesh dan dua gambar berkaitan al-Qaeda dalam sebuah telefon bimbit yang mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Jalan Padi Murni, Taman Muafakat Utama, Larkin, di sini, kira-kira 6.50 petang, 4 Ogos lepas.
Bagi pertuduhan ketiga, dia didakwa memiliki lapan keping imej dalam sebuah telefon bimbit yang mempunyai kaitan dengan kumpulan Daesh.
Dia didakwa dilakukan kesalahan itu di tingkat 04-12, Blok A, Jalan Suria Muafakat Utama, Taman Suria Muafakat Utama, Larkin, di sini, antara 7.15 malam dan 8.25 malam, 4 Ogos tahun lepas.
Bagi pertuduhan pertama, Mohammad Firdaus didakwa mengikut Seksyen 130FA(b) Kanun Keseksaan (Akta 574) yang boleh dikenakan penjara maksimum sehingga 30 tahun dan denda.
Pertuduhan kedua dan ketiga pula, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan (Akta 574) yang boleh dikenakan maksimum tujuh tahun penjara atau denda dan boleh dilucutkan hak mana-mana item tersebut.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Unit Jenayah Berat Mohd Izhanudin Alias di hadapan Majistret Noor Aisyah Ahmad.
Tertuduh yang diwakili Peguam Iskandar Shah Ibrahim yang hadir bagi pihak peguamnya Rosli Ismail, mengangguk memahami pertuduhan yang dibacakan namun tiada sebarang pengakuan direkodkan.
Kes berkenaan akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Pada 1 Sept 2016, Mohammad Firdaus dihadapkan ke mahkamah sama atas empat pertuduhan termasuk memberi sokongan kepada kumpulan Daesh dan letupan bom di sebuah kelab malam di Puchong, Selangor antara 25 Mac dan 4 Ogos tahun lepas. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#al Qaeda
#daish
#jengking malaya
#pengganas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan