awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis sekat komunikasi tahanan Pakistan lolos dari Penjara Sungai Buloh
Kamus Dewan Perdana versi web kini boleh diakses
'Stor burger lebih cantik'- Saifuddin arah naik taraf segera pondok keselamatan sempadan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas pemain Liverpool ditahan atas dakwaan serangan fizikal

Astro Arena
Astro Arena
17/02/2026
06:10 MYT
Bekas pemain Liverpool ditahan atas dakwaan serangan fizikal
Pertuduhan terhadap Ibe adalah berkaitan satu insiden serangan yang didakwa berlaku pada 14 Disember lalu. - Gambar fail/Stadium Astro
BEKAS pemain sayap Liverpool, Jordon Ibe, akan dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan mendatangkan kecederaan fizikal susulan penahanannya di Lapangan Terbang Luton hujung bulan lalu.
Menurut kenyataan Polis Metropolitan, pertuduhan terhadap Ibe adalah berkaitan satu insiden serangan yang didakwa berlaku pada 14 Disember lalu.
Pemain berusia 30 tahun itu, yang menetap di Chislehurst, London, telah ditahan pihak berkuasa di lapangan terbang berkenaan pada 30 Januari lalu sebelum dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut.
Bagaimanapun, dia dibebaskan dengan ikat jamin dan dikehendaki menghadirkan diri ke Mahkamah Majistret Croydon pada 6 Mac depan.
Ibe, yang pernah mewakili skuad bawah 21 tahun England, kini beraksi di Bulgaria bersama kelab Lokomotiv Sofia dalam saingan liga utama negara itu.
Sepanjang kariernya, Ibe telah merekodkan 58 penampilan bersama Liverpool selepas menyertai gergasi England itu pada 2012. Dia kemudian menyarung jersi beberapa kelab lain, termasuk Derby County, Birmingham City dan Bournemouth.
Sepanjang tempoh 2016 hingga 2020, dia memainkan watak penting di Bournemouth dengan mencatatkan 92 penampilan secara keseluruhan.
Sebelum berhijrah ke ibu kota Bulgaria pada November lalu, Ibe dilaporkan beraksi dalam kancah liga bawahan (non-league) di England sepanjang dua tahun kebelakangan ini. - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#pemain Liverpool
#Jordon Ibe
#serang fizikal
#didakwa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan