awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas Pemangku Ketua Polis Negara, Mohamed Amin Osman meninggal dunia

Bernama
Bernama
01/04/2016
05:11 MYT
Bekas Pemangku Ketua Polis Negara, Mohamed Amin Osman meninggal dunia
Allahyarham berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Polis Negara pada Januari 1979 sebelum bersara sebagai Pemangku Ketua Polis Negara pada Disember 1985. - Gambar fail
Bekas pemangku Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamed Amin Osman meninggal dunia akibat jangkitan kuman dalam paru-paru di Prince Court Medical Centre di sini pada 5.30 pagi ini.
Bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar berkata Allahyarham Mohamed Amin, 89, dimasukkan ke hospital berkenaan sejak tiga hari lepas.
"Saya ada melawat dia (Amin) semalam dan dia tidak sedarkan diri ketika itu.
"Allahyarham sememangnya seorang yang tegas dalam melaksanakan tugas dan jasa serta pengorbanan beliau sebelum ini akan dikenang," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Allahyarham berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Polis Negara pada Januari 1979 sebelum bersara sebagai Pemangku Ketua Polis Negara pada Disember 1985.
Mohamed Amin memangku jawatan Ketua Polis Negara selepas Hanif melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang di luar negara pada 1983.
Semasa hayatnya, Allahyarham pernah menyandang jawatan besar dalam PDRM, antaranya Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman serta Ketua Polis Kuala Lumpur.
Allahyarham meninggalkan isteri, Puan Sri Che Puteh Rashid dan tiga anak.
Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di Masjid Bukit Aman di sini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Ampang selepas solat Jumaat.
Topic Berkaitan
#Ketua Polis Negara
#meninggal dunia
#Tan Sri Mohamed Amin Osman
#tun hanif omar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan