awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas Pengerusi MyWatch dibebas daripada pertuduhan peras ugut

Bernama
Bernama
27/10/2022
13:25 MYT
Bekas Pengerusi MyWatch dibebas daripada pertuduhan peras ugut
Hakim berkata, Sanjeevan dinafikan perbicaraan yang adil apabila pihak pendakwaan tidak memanggil atau menawarkan kepada pihak pembelaan tujuh saksi yang hadir di tempat kejadian. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini membebaskan bekas pengerusi Badan Bertindak Pemerhati Jenayah (MyWatch) Datuk Seri R. Sri Sanjeevan terhadap pertuduhan memeras ugut seorang ahli perniagaan sembilan tahun lepas.
Panel tiga hakim yang terdiri daripada Datuk Ahmad Nasfy Yasin, Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk Seri Mariana Yahya membenarkan rayuan terakhirnya bagi mengetepikan sabitan, selepas memutuskan bahawa sabitan itu tidak selamat.
Pada 14 Ogos 2018, Sanjeevan dihukum penjara tiga bulan dan denda RM7,000 oleh Mahkamah Majistret Temerloh selepas didapati bersalah memeras ugut Chan Leong Kwan, 46, dengan meminta wang tunai RM1,500 atau mangsa berdepan risko tidak boleh meneruskan perniagaan.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Dagangan 8, Pusat Dagangan Triang Pahang, Bera pada 9.45 malam 1 Julai 2013 mengikut mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan.
Pada 27 Nov 2020, Mahkamah Tinggi Temerloh mengekalkan keputusan Mahkamah Majistret, dan pada 4 Dis tahun yang sama, Mahkamah Tinggi turut membenarkan permohonan Sanjeevan untuk menangguhkan hukuman penjara sehingga rayuannya diputuskan oleh Mahkamah Rayuan.
Dalam keputusan hari ini, Hakim Ahmad Nasfy yang mempengerusikan panel itu berkata Sanjeevan dinafikan perbicaraan yang adil apabila pihak pendakwaan tidak memanggil atau menawarkan kepada pihak pembelaan tujuh saksi yang hadir di tempat kejadian.
Beliau juga berkata terdapat juga salah pelaksanaan keadilan apabila pegawai penyiasat tidak merekodkan kenyataan Sanjeevan.
Beliau berkata majistret telah tersalah arah apabila berpendapat bahawa terdapat pengecaman positif perayu (Sanjeevan), dan keputusan magistret meletakkan beban besar pembuktian terhadap Sanjeevan bagi mewujudkan pembelaan alibinya, adalah salah.
Sementara itu mahkamah turut mengetepikan rayuan balas pendakwaan untuk hukuman lebih berat terhadap Sanjeevan.
Peguam Datuk V.Sithambaram, S.Preakas dan Miguel Sequerah mewakili Sanjeevan, manakala Timlalan pendakwa raya Zaki Asyraf Zubir dan Aida Khairuleen Azli mewakili pihak pendakwaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MyWatch
#R Sri Sanjeevan
#peras ugut
#keputusan mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan