awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas pengurus perhubungan bank didakwa pecah amanah, beli tujuh jongkong emas

Bernama
Bernama
27/09/2021
23:52 MYT
Bekas pengurus perhubungan bank didakwa pecah amanah, beli tujuh jongkong emas
Tertuduh membuat pembelian tujuh jongkong emas seberat 1.5 kilogram bernilai RM376,110.72 tanpa pengetahuan dan kebenaran pelanggan. -Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Bekas pengurus perhubungan di sebuah bank dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan pecah amanah wang berjumlah RM411,442.17 milik seorang warga emas untuk membeli tujuh jongkong emas tanpa pengetahuan lelaki itu, tiga minggu lepas.
Mohd Saibulrijal Mohd Saad, 43, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Datin Sabariah Othman.
Mohd Saibulrijal, yang ketika itu memegang jawatan sebagai pengurus perhubungan didakwa melakukan pecah amanah dengan membuat pengeluaran deposit simpanan tetap berjumlah RM411,442.17 milik seorang pelanggan Choo Lai Hock, 63 dan memindahkannya ke dalam akaun semasa milik pelanggan sama.
Tertuduh kemudian telah membuat pembelian tujuh jongkong emas seberat 1.5 kilogram bernilai RM376,110.72 tanpa pengetahuan dan kebenaran pelanggan itu untuk kegunaan tertuduh sendiri.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah bank di pusat beli belah di Bangsar, Brickfields di sini pada 6 Sept lepas antara 8.52 pagi sehingga 4.50 petang mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan dengan sebat dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 27 Okt depan untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Zulaaikha Mohd Apandi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jongkong emas
#pecah amanah
#pengurus perhubungan bank
#Mohd Saibulrijal Mohd Saad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan