awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganggur didakwa bunuh teman wanita
Penangguhan hukuman satu petanda positif, peluang Malaysia kini 50-50 - AFC
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas pengurus Petronas didakwa cuba dedah dokumen sulit

Bernama
Bernama
18/04/2025
10:15 MYT
Bekas pengurus Petronas didakwa cuba dedah dokumen sulit
Hakim Siti Shakirah Mokhtarudin membenarkan Mohd Khairul Akmal diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang bekas pengurus di Petronas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan cuba mendedahkan dokumen sulit berkaitan prestasi operasi dan kewangan syarikat minyak nasional itu kepada Syarikat Petroleum Sarawak (Petros), Jun tahun lepas.
Pertuduhan mengikut Seksyen 203A (1) Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 511 kanun sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM1 juta atau penjara yang boleh sampai setahun, manakala bagi Seksyen 511 membawa hukuman penjara tidak melebihi setengah daripada Seksyen 203A (1), jika sabit kesalahan.
Hakim Siti Shakirah Mokhtarudin membenarkan Mohd Khairul Akmal diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai dan menetapkan 19 Mei ini untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Sabri Othman manakala tertuduh diwakili peguam Fadhli Sutris.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bekas pengurus di Petronas
#dedahkan dokumen sulit
#operasi syarikat
#Petros
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan