awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
Syarikat perlombongan Kanada sahkan pekerja diculik ditemui mati di Mexico
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas petugas ASNB cawangan Sibu didakwa pecah amanah lebih RM263,000

Bernama
Bernama
09/01/2025
09:31 MYT
Bekas petugas ASNB cawangan Sibu didakwa pecah amanah lebih RM263,000
Majistret Romario Jonoi membenarkan Alina diikat jamin RM10,000 dengan dua penjamin dan menetapkan 23 Jan ini untuk sebutan semula kes di Mahkamah Sesyen. - Gambar hiasan
SIBU: Seorang bekas petugas Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) Cawangan Sibu didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan pecah amanah melibatkan wang berjumlah RM263,296.12.
Alina Tommy, 32, berasal dari Kanowit didakwa melakukan perbuatan itu yang melibatkan wang pelabur antara 2020 hingga Mac 2024.
Wanita itu didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum setahun dan maksimum 14 tahun dengan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang diwakili peguam Yap Hoi Liong.
Majistret Romario Jonoi membenarkan Alina diikat jamin RM10,000 dengan dua penjamin dan menetapkan 23 Jan ini untuk sebutan semula kes di Mahkamah Sesyen.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Amoirul Hakim Mohamad Zamri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#petugas ASNB
#Sibu
#pecah amanah
#Alina Tommy
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan