awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas vokalis popular 90-an ditahan miliki syabu

Bernama
Bernama
09/09/2019
04:46 MYT
Bekas vokalis popular 90-an ditahan miliki syabu
Seorang penyanyi lelaki ditahan selepas dipercayai memiliki sejumlah dadah disyaki jenis syabu di kawasan Taman Perling, di sini, malam tadi. -Gambar hiasan
Seorang penyanyi lelaki ditahan selepas dipercayai memiliki sejumlah dadah disyaki jenis syabu di kawasan Taman Perling, di sini, malam tadi.
Bekas vokalis sebuah kumpulan popular 90-an itu ditahan kira-kira 11.30 malam bersama seorang lagi rakan lelaki.
Difahamkan kedua-dua mereka menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha LC 135 di kawasan terbabit manakala dadah itu ditemui di dalam dompet penyanyi berkenaan.
Hasil ujian saringan awal air kencing turut mendapati kedua-duanya positif dadah.
Penyanyi berumur 41 tahun itu pernah didakwa di mahkamah majistret di sini beberapa tahun lalu berkaitan dadah dan pernah menyertai sebuah program hiburan realiti.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit, namun enggan mengulas lanjut mengenainya. - Bernama
Topic Berkaitan
#penyanyi lelaki
#positif dadah
#saringan awal air kencing
#Syabu
#Taman Perling
#vokalis sebuah kumpulan popular 90-an
#Yamaha LC 135
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan