awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
Tiga maut, empat cedera dalam dua nahas berasingan di Batu Gajah, Lenggong
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belanjawan 2021 perkasa usaha perangi COVID-19 - KP Kesihatan

Bernama
Bernama
06/11/2020
21:13 MYT
Belanjawan 2021 perkasa usaha perangi COVID-19 - KP Kesihatan
DR NOOR HISHAM: Setinggi-tinggi penghargaan atas keprihatinan kerajaan melalui pembentangan Belanjawan 2021, Alhamdulilah RM1 bilion tambahan diberikan kepada KKM untuk kesiapsiagaan memerangi COVID-19.
KUALA LUMPUR:Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah meluahkan penghargaan atas keprihatinan kerajaan yang memperuntukkan tambahan RM1 bilion lagi untuk memerangi COVID-19 pada tahun depan.
Beliau berkata dalam mendepani krisis pandemik COVID-19 yang disifatkan sebagai tidak pernah terjadi sebelum ini, negara khususnya Kementerian Kesihatan (KKM) memerlukan penyelesaian yang luar biasa.
Katanya peruntukan lain yang turut diumumkan bagi sektor perkhidmatan kesihatan awam juga amat ditunggu-tunggu.
"KKM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan di atas keprihatinan kerajaan melalui pembentangan Belanjawan 2021 sebentar tadi. RM1 bilion tambahan diberikan kepada KKM untuk kesiapsiagaan memerangi COVID-19, Alhamdulilah.
"Peruntukan RM90 juta untuk vaksin pneumokokal kepada 500,000 kanak-kanak melalui Program Imunisasi Kebangsaan sememangnya sesuatu yang amat dinanti-nantikan," katanya dalam hantaran Twitter malam tadi.
Menerusi Belanjawan 2021 yang dibentangkan di Dewan Rakyat semalam, kerajaan memperuntukkan RM1 bilion lagi pada tahun depan untuk membendung gelombang ketiga COVID-19, merangkumi RM475 juta bagi pembelian bekalan reagen, kit saringan dan bahan guna habis.
Sebanyak RM318 juta diperuntukkan untuk penyediaan peralatan perlindungan diri dan pensanitasi tangan kepada petugas barisan hadapan KKM serta pemberian one-off sebanyak RM500 sebagai menghargai jasa mereka dan dijangka memanfaatkan 100,000 petugas kesihatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Belanjawan 2021
#Dr Noor Hisham Abdullah
#COVID-19
#RM1 bilion
#pandemik
#KKM
#Dewan Rakyat
#peruntukan tambahan
#Kementerian Kesihatan
#vaksin pneumokokal
#gelombang ketiga
#sanitasi
#PPE
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan