awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belanjawan 2024: Anwar berbaju Melayu warna 'lilac', menuju ke Parlimen

Astro Awani
Astro Awani
13/10/2023
07:20 MYT
Belanjawan 2024: Anwar berbaju Melayu warna 'lilac', menuju ke Parlimen
Anwar (tengah) meninggalkan Kementerian Kewangan sekitar jam 3.13 petang, bersama beg fail warna hitam bermotifkan tenunan Sarawak bagi membentangkan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat - Foto/AWANI
PUTRAJAYA: Segak berbaju Melayu berona ungu lembut dan bersamping, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual membentangkan Belanjawan 2024 di bawah Kerajaan Perpaduan pada pukul 4 petang ini di Dewan Rakyat.
Anwar, yang juga Menteri Kewangan dilihat meninggalkan Kementerian Kewangan sekitar jam 3.13 petang, bersama beg fail warna hitam bermotifkan tenunan Sarawak yang mengandungi teks ucapan Belanjawan 2024.
Anwar turut diiringi Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan dan Steven Sim Chee Keong serta Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar), Datuk Johan Mahmood Merican.
Menerusi kemas kini di laman Twitter, Perdana Menteri berkata Belanjawan 2024 Malaysia MADANI diharap dapat membimbing ekonomi negara ke tahap yang lebih baik dalam mendepani cabaran global masa kini, selain menyokong agenda pembangunan dan kebajikan negara.
Ini merupakan pembentangan belanjawan kedua buat Anwar selepas pembentukan Kabinet Kerajaan Perpaduan pada 2 Disember tahun lalu.
Pada 24 Februari lalu, beliau membentangkan Belanjawan 2023 bertemakan 'Membangun Malaysia MADANI' membabitkan peruntukan RM388.1 bilion.
Untuk rekod, Anwar juga pernah membentangkan belanjawan ketika menjawat jawatan Menteri Kewangan pada 1997.
Kongsi pandangan anda di sini
Topic Berkaitan
#Belanjawan 2024
#Anwar Ibrahim
#Kerajaan Perpaduan
#Intipati belanjawan 2024
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan