awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tentera AS kekal di sekitar Iran sehingga Tehran patuh perjanjian - Trump
Lubnan tidak mahu terperangkap dalam konflik serantau - Duta
[KOLUMNIS] Memaknai pengalaman kampus untuk kehidupan sebenar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belanjawan 2024: Malaysia bakal tarik pelaburan lebih berkualiti - MIDA

Bernama
Bernama
14/10/2023
21:15 MYT
Belanjawan 2024: Malaysia bakal tarik pelaburan lebih berkualiti - MIDA
Malaysia bakal menarik pelaburan lebih berkualiti dan mampan dalam mengharungi ekonomi global yang kian mencabar. - Gambar hiasan Bernama
KUALA LUMPUR: Malaysia bakal menarik pelaburan lebih berkualiti dan mampan dalam mengharungi ekonomi global yang kian mencabar, kata Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).
MIDA dalam satu kenyataan dikeluarkan pada Sabtu berkata menyambut baik Belanjawan 2024 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Seri Anwar Ibrahim semalam.
Ketua Pegawai Eksekutif MIDA Datuk Arham Abdul Rahman berkata agensi tersebut komited untuk memastikan Malaysia terus kekal menjadi destinasi pelaburan utama di rantau Asia Tenggara.
"MIDA mengalu-alukan dasar strategik dan pengenalan insentif cukai seperti yang digariskan dalam Belanjawan 2024 yang semestinya memupuk kestabilan iklim perniagaan untuk menarik lebih banyak pelaburan langsung asing dan pelaburan langsung domestik, memecutkan peralihan ke arah ekonomi lestari berasaskan pengetahuan, selaras dengan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030)," katanya.
Selain itu, MIDA juga mengalu-alukan pengumuman penubuhan Jawatankuasa TindakanPenyelarasan Pelaburan dan Perdagangan (JTPPP) yang bertanggungjawab melaporkan secara terus kepada Majlis Pelaburan Negara yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Malaysia.
MIDA berkata penubuhan jawatankuasa ini yang dipengerusikan oleh Menteri Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, beliau dapat menyelaras aktiviti pelaburan dan perdagangan dengan lebih berkesan, berkoordinasi dan holistik.
Sementara itu, pengumuman kerajaan untuk melaksanakan kadar cukai efektif minimum di peringkatglobal (Global Minimum Tax - GMT) pada tahun 2025 dijangka akan memberikan impak positif kepada negara, mengekalkan keupayaan untuk menarik pelaburan baharu serta pelaburan sedia ada oleh syarikat multinasional.
Ia juga akan memberi jaminan kepada para pelabur terhadap perancangan negara dalam pelaksanaan GMT, kata MIDA.
-- BERNAMA
Apa anda dapat dari Belanjawan 2024? Klik sini untuk liputan penuh di sini
Topic Berkaitan
#MIDA
#pelaburan
#ekonomi
#Belanjawan 2024
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan