awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sony umum keluar dari pasaran perakam cakera Blu-ray
Kerajaan teliti kebolehlaksanaan Peguam Negara, Pendakwa Raya bertanggungjawab kepada Parlimen
Transformasi MAHB membuahkan hasil, kukuh kedudukan KLIA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belanjawan 2025: Ikhtiar Rakan KKM sedia pilihan rawatan pada kadar berpatutan

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
18/10/2024
10:55 MYT
Belanjawan 2025: Ikhtiar Rakan KKM sedia pilihan rawatan pada kadar berpatutan
Kata Anwar, kerajaan akan meningkatkan jalinan kerjasama dengan 91 hospital swasta bagi menyumber luar pesakit KKM melibatkan perkhidmatan seperti kardiologi, radiologi dan nefrologi. - Foto Jabatan Penerangan
KUALA LUMPUR: Sistem dan struktur perkhidmatan kesihatan awam akan diperkasa supaya lebih berdaya tahan, mampan dan mandiri.
Justeru, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Ikhtiar Rakan KKM akan diperkenalkan melibatkan kerjasama Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) bagi menyediakan pilihan perkhidmatan kesihatan berbayar pada kadar berpatutan kepada pesakit.
"Pelaksanaan ini akan bermula di lima hospital Kementerian Kesihatan yang mempunyai permintaan tinggi serta infrastruktur sesuai seperti Hospital Cyberjaya dengan peruntukan awal RM25 juta," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2025, pada Jumaat.
Selain itu, Anwar mengumumkan kerajaan akan meningkatkan jalinan kerjasama dengan 91 hospital swasta bagi menyumber luar pesakit KKM melibatkan perkhidmatan seperti kardiologi, radiologi, dan nefrologi.
"Pendekatan ini secara tidak langsung mewujudkan elemen persaingan mendapatkan harga terbaik buat Kerajaan. Penyumberluaran ini turut diteruskan dengan Institut Jantung Negara melibatkan pesakit jantung dari kalangan pesara Kerajaan," katanya lagi.
Tambahnya, kerajaan akan melaksanakan dasar offtake atau perolehan khusus daripada syarikat yang membuat pelaburan domestik baharu untuk mengeluarkan produk farmaseutikal dan peranti perubatan kritikal.
Pendekatan ini bukan sahaja menyokong keterjaminan bekalan ubat dari sumber tempatan, malah berupaya mengurangkan kos dalam jangka masa sederhana.
Ikuti laporan yang terperinci Belanjawan 2025 di sini
Topic Berkaitan
#Belanjawan 2025
#Kementerian Kesihatan
#KKM
#khtiar Rakan KKM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan