awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran bakal beri penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei selepas 40 hari pemergiannya
Tiada sambungan kontrak pegawai farmasi capai had maksimum - KKM
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belanjawan 2026: Pemandu teksi hargai perhatian kerajaan

Bernama
Bernama
10/10/2025
21:20 MYT
Belanjawan 2026: Pemandu teksi hargai perhatian kerajaan
Kamarudin berkata walaupun penjenamaan semula perkhidmatan teksi masih belum dilihat secara menyeluruh, namun pengumuman Belanjawan memperlihatkan usaha kerajaan ke arah merealisasikan perkara berkenaan. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Gabungan Teksi Malaysia (GTM) menzahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kerajaan MADANI kerana terus memberi perhatian kepada kebajikan pemandu teksi dalam pembentangan Belanjawan 2026.
Presiden GTM Kamarudin Hussain berkata pihaknya menghargai komitmen kerajaan yang memperuntukkan RM10 juta bagi menanggung kos kursus dan elaun latihan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan pemandu teksi.
Beliau berkata peruntukan latihan itu, antara cadangan yang telah dikemukakan kepada kerajaan pada tahun lepas dalam usaha menaik taraf imej dan kualiti industri teksi negara.
"Ini satu perkara yang pernah kami bentangkan kepada Perdana Menteri pada tahun lepas, mengenai wajah baharu bagi memberi satu imej yang baik dalam negara kita, selain menggantikan kenderaan (teksi) lusuh yang agak ketinggalan zaman.
"Satu perkara yang tercatat dalam kertas cadangan yang kami bentangkan untuk penjenamaan teksi itu, ialah kursus bagi menaik taraf kualiti pemandu mengenai cara melayan pelanggan serta bercakap dengan pelanggan," katanya ketika dihubungi Bernama semalam.
Beliau berkata walaupun penjenamaan semula perkhidmatan teksi masih belum dilihat secara menyeluruh, namun pengumuman Perdana Menteri semalam memperlihatkan usaha kerajaan ke arah merealisasikan perkara berkenaan.
Anwar ketika pembentangan Belanjawan 2026 di Parlimen petang tadi turut mengumumkan inisiatif untuk meneruskan pengecualian 100 peratus duti eksais dan cukai jualan ke atas pembelian kereta nasional baharu Proton dan Perodua oleh pemilik teksi dan kereta sewa persendirian.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini Belanjawan 2026 di sini
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#teksi
#kebajikan pemandu teksi
#Belanjawan 2026
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan