awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran bakal beri penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei selepas 40 hari pemergiannya
Tiada sambungan kontrak pegawai farmasi capai had maksimum - KKM
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belanjawan2019: Tun M janji wang negara dibelanja dengan hati-hati

Firdaus Azil
Firdaus Azil
02/11/2018
12:09 MYT
Belanjawan2019: Tun M janji wang negara dibelanja dengan hati-hati
Kerajaan Persekutuan juga perlu sedaya upaya mengawal perbelanjaan agar apa yang dirancang dalam belanjawan itu tidak melebihi pendapatan negara.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berjanji Belanjawan 2019 akan dilakukan dengan penuh hati-hati agar dana negara tidak dibazirkan, serta memastikan keadaan fiskal negara kembali terkawal.
Beliau berkata, dalam usaha memenuhi aspirasi rakyat, Kerajaan Persekutuan juga perlu sedaya upaya mengawal perbelanjaan agar apa yang dirancang dalam belanjawan itu tidak melebihi pendapatan negara.
“Kita cuba memenuhi aspirasi rakyat di masa sama, bajet kita bukan melebihi pendapatan kita. Kita tidak ada buat pinjaman untuk kita nak buat syarikat baharu supaya kita boleh curi duit.
“Kita (hanya) pinjam untuk bayar hutang supaya faedah jadi kurang. Kita sangat berhati-hati. Tak ada duit kita tak belanja,” katanya kepada sidang media selepas Pembentangan Belanjawan 2019 oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng di Dewan Rakyat hari ini.
Mengenai Tabung Harapan, yang kini jumlah yang terkumpul sudah mencecah RM196 juta, Tun Mahathir berkata, masih belum ada perancangan khusus bagaimana wang itu akan dibelanjakan.
“Duit itu tidak ada tujuan tertentu melainkan untuk menolong kerajaan menyelesaikan masalah kewangan. Kita akan guna duit itu sebijak mungkin,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#aspirasi rakyat
#Belanjawan
#Belanjawan 2019
#kesejahteraan rakyat
#Lim Guan Eng
#Menteri Kewangan
#pinjaman
#Tun Dr Mahathir Mohamad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan