awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Delegasi Iran akan ke Pakistan untuk rundingan damai dengan AS
Kebakaran hutan berlaku di Taman Puncak Jalil, operasi pemadaman giat dijalankan
Waran tangkap dikeluarkan terhadap bekas PM Nepal Deuba, isteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belasah junior: Lapan pelajar MRSM Balik Pulau ditahan

Bernama
Bernama
27/10/2014
23:24 MYT
Belasah junior: Lapan pelajar MRSM Balik Pulau ditahan
Polis telah merekodkan keterangan kesemua pelajar terbabit dan mereka dibebaskan dengan jaminan polis.
Polis pada Isnin menahan lapan pelajar lelaki Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Balik Pulau di sini, bagi membantu siasatan kes pelajar Tingkatan Dua yang mendakwa dipukul sehingga patah tulang rusuk, Rabu lepas.
Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Lai Fah Hin berkata kesemua pelajar Tingkatan Empat itu ditahan di sekolah dan diiringi guru mereka ke Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya pada 12 tengah hari Isnin.
"Polis telah merekodkan keterangan kesemua pelajar terbabit dan mereka dibebaskan dengan jaminan polis.
"Kami meminta semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi sehingga siasatan selesai kerana polis sedang menyiasat kes ini dari pelbagai sudut," katanya ketika dihubungi Bernama.
Lai berkata kesemua pelajar berkenaan turut diberi kaunseling dalam sesi pertemuan itu sebelum dibenarkan pulang.
Sementara itu, sumber polis berkata insiden itu bermula apabila mangsa dituduh mengambil telefon jenis Samsung Note 3 milik seorang daripada lapan pelajar terbabit.
Dalam kejadian antara 11.45 malam dan 1 pagi itu, mangsa turut dicederakan menggunakan seterika panas di kedua-dua bahu selain tubuhnya dipijak kumpulan pelajar tersebut.
Akibat kecederaan itu, pelajar terbabit yang tinggal di Klang, Selangor, dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.
Topic Berkaitan
#belasah
#Hospital Tengku Ampuan Rahimah
#Lai Fah Hin
#MRSM Balik Pulau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan