awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Petronas nafi terlibat dalam laporan penghantaran diesel ke Filipina
Kerajaan nafi hantar 329,000 tong diesel ke Filipina, jangan buat spekulasi - MTEN
Bekalan bahan api negara masih stabil - Fuziah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belia digesa lebih proaktif sebarkan maklumat peluang latihan kemahiran - Ramanan

Bernama
Bernama
07/03/2026
12:20 MYT
Belia digesa lebih proaktif sebarkan maklumat peluang latihan kemahiran - Ramanan
Ramanan berkata, masih ramai anak muda termasuk pelajar dan siswazah yang tidak mengambil peluang mempromosikan program latihan atau inisiatif pembangunan kemahiran yang ditawarkan. - Foto fail
Orang ramai, khususnya golongan belia digesa supaya lebih proaktif menyebarkan maklumat berkaitan peluang latihan kemahiran dan pekerjaan agar lebih ramai dapat memanfaatkan inisiatif yang disediakan kerajaan serta pelbagai pihak.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R. Ramanan berkata, masih ramai anak muda termasuk pelajar dan siswazah yang tidak mengambil peluang mempromosikan program latihan atau inisiatif pembangunan kemahiran yang ditawarkan.
“Kita ada banyak inisiatif dan program, contohnya pada hari ini Yayasan Mahir menyediakan pelbagai program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET),” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Sumbangan Bakul Makanan dan Edaran Bubur Lambuk dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), di sini, pada Sabtu.
Turut hadir ialah Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia (KESUMA), Sutekno Ahmad Belon dan Pengerusi Yayasan Mahir Malaysia, Datuk Seri Ganes Palaniapan.
Ramanan yang juga Ahli Parlimen Sungai Buloh berkata, orang ramai yang hadir ke program sedemikian diharap dapat membantu menyebarkan maklumat kepada komuniti setempat supaya lebih ramai mengetahui peluang latihan yang disediakan.
Sebagai contoh, beliau berkata, satu program latihan kecerdasan buatan (AI) percuma melibatkan kira-kira 700 peserta pernah dianjurkan di Sungai Buloh dengan kerjasama TalentCorp, walaupun modul seumpamanya di luar negara boleh mencecah kos hingga RM5,000.
Terdahulu, Ramanan menyantuni dan mengagihkan 100 bakul makanan serta bubur lambuk kepada penduduk setempat, khususnya golongan B40 dan keluarga yang berdepan dengan kekangan kewangan.
Program itu turut disusuli dengan kunjungan ke bazar Ramadan bagi mengagihkan 1,000 bungkus bubur lambuk serta duit raya kepada kanak-kanak di kawasan berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Belia
#proaktif
#latihan kemahiran
#r ramanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan