awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran bakal beri penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei selepas 40 hari pemergiannya
Tiada sambungan kontrak pegawai farmasi capai had maksimum - KKM
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belia Malaysia perlu jadi agen perubahan yang membina

Bernama
Bernama
10/12/2019
20:43 MYT
Belia Malaysia perlu jadi agen perubahan yang membina
Waytha Moorthy berkata sebagai penggerak hadapan mobilisasi akar umbi, belia telah menyumbang secara positif untuk perubahan dan mempamerkan kemampuan mereka membawa idea dan penyelesaian baharu untuk dunia yang lebih baik. - Gambar fail
Bersempena sambutan Hari Hak Asasi Manusia Antarabangsa 10 Disember, belia Malaysia digesa supaya menggunakan peluang yang disediakan kerajaan untuk menjadi agen perubahan yang membina dalam era Malaysia Baharu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waytha Moorthy berkata pendirian mereka terhadap hak asasi manusia sepanjang beberapa tahun ini adalah bukti bahawa golongan muda sudah menjadi pemacu utama dalam transformasi sosial, politik dan ekonomi.
"Memperkasakan belia untuk mengambil bahagian dalam kehidupan awam adalah penting untuk kerajaan dalam usaha mewujudkan satu agenda hak asasi manusia yang lebih inklusif.
Mereka telah mempamerkan dengan jayanya kemampuan mereka untuk menjadi pemimpin hebat di masa hadapan," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Selasa.
Waytha Moorthy berkata sebagai penggerak hadapan mobilisasi akar umbi, belia telah menyumbang secara positif untuk perubahan dan mempamerkan kemampuan mereka membawa idea dan penyelesaian baharu untuk dunia yang lebih baik.
"Saya menggalakkan belia kita supaya mengambil peluang ini untuk membuktikan tahap kematangan generasi anda tunjukkan sebelum ini dan pamerkan bagaimana belia Malaysia mempertahankan hak asasi manusia, menolak perkauman, ucapan hina, membuli, diskriminasi dan mewujudkan sebuah masyarakat yang mempunyai peluang yang sama dalam negara ini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#agen perubahan
#Belia
#hak asasi manusia
#Malaysia Baharu
#Waytha Moorthy
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan