awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belia paling ramai terlibat penyalahgunaan dadah di Perak tahun lepas - Exco

Bernama
Bernama
10/06/2025
08:29 MYT
Belia paling ramai terlibat penyalahgunaan dadah di Perak tahun lepas - Exco
Mohd Azlan berkata, statistik itu membimbangkan kerana ia mewakili 51.5% daripada jumlah keseluruhan penagih dadah di Perak yang direkod dalam tempoh sama. - Bernama
IPOH: Seramai 7,488 daripada 14,534 individu yang direkodkan terlibat dengan aktiviti penyalahgunaan dadah di Perak sepanjang tahun lepas merupakan golongan belia, kata Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO negeri Mohd Azlan Helmi.
Beliau berkata statistik itu agak membimbangkan kerana ia mewakili 51.5 peratus daripada jumlah keseluruhan penagih dadah di Perak yang direkodkan dalam tempoh sama.
"Mereka yang berumur dalam lingkungan 15 hingga 39 tahun adalah kumpulan umur yang paling ramai terjebak dalam kegiatan tidak bermoral ini," katanya ketika berucap pada perasmian Program Sambutan Peringatan Hari Antidadah (HAD) Peringkat Negeri Perak di Kompleks Belia dan Sukan (KBS) di sini hari ini.
"Selain itu kategori dadah Amfetamin (ATS) merupakan dadah yang menjadi pilihan utama penagih iaitu mewakili kira-kira 47.4 peratus penggunaan berbanding dadah jenis lain seperti ganja, opiat, psikotropik dan sebagainya," katanya.
Sementara itu Mohd Azlan berkata lebih 500 individu terlibat dalam penganjuran program sambutan hari ini yang bertujuan memberi kesedaran serta mengukuhkan komitmen semua pihak dalam memerangi dadah.
Beliau berkata program turut diselitkan dengan pelbagai aktiviti bermanfaat seperti pertandingan mencipta slogan antidadah, pertandingan mewarna, pertandingan futsal, pameran agensi kerajaan dan sebagainya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Belia
#penyalahgunaan dadah
#Perak
#Mohd Azlan Helmi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan