awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belum ada hasrat wujudkan program mirip Kedai Runcit 1Malaysia - Fuziah

Astro Awani
Astro Awani
13/03/2023
10:37 MYT
Belum ada hasrat wujudkan program mirip Kedai Runcit 1Malaysia - Fuziah
Kerajaan belum ada perancangan untuk melaksanakan program mirip Kedai Runcit 1Malaysia yang pernah dilaksanakan di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Kerajaan belum ada perancangan untuk mewujudkan program mirip Kedai Runcit 1Malaysia yang pernah dilaksanakan di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh berkata, ia berikutan Kerajaan telah mengenal pasti kos-kos tertentu yang perlu diambil kira selepas melihat kegagalan program mirip Kedai Runcit 1Malaysia.
Jelasnya, Jualan Rahmah yang dilaksanakan pada ketika ini dilihat mampu menawarkan harga rendah kepada pengguna.
“Setakat ini pihak kementerian belum ada hasrat untuk mewujudkan program mirip Kedai Runcit 1Malaysia kerana ia banyak kos dan kita kaji juga kegagalan Kedai Runcit 1Malaysia.
“Cara kita mengatasinya ialah melalui Jualan Rahmah di pasar raya yang menawarkan sehingga 30 peratus potongan harga,” katanya sebagai menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man semasa persidangan Dewan Rakyat di sini pada Ahad.
Ujarnya, Belanjawan 2023 telah membentangkan RM100 juta untuk program Jualan Rahmah di 222 Parlimen.
“Jadi saya memohon ahli-ahli Parlimen luluskan nanti di peringkat jawatankuasa juga supaya dapat kita laksanakan di semua kawasan Parlimen,” tambahnya lagi.
Kerajaan juga katanya akan meneruskan dan menambah baik program food bank bagi membantu mereka yang memerlukan.
“Baru-baru ini kita meletakkan mesin retort di hotel-hotel supaya buat persiapan membuat food bank,” ujar beliau.
Topic Berkaitan
#Fuziah Salleh
#Jualan Rahmah
#Kedai Runcit 1Malaysia
#Belanjawan 2023
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan