awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bencana Kim Kim: UMNO sedia khidmat guaman percuma kepada mangsa

Astro Awani
Astro Awani
15/03/2019
09:51 MYT
Bencana Kim Kim: UMNO sedia khidmat guaman percuma kepada mangsa
Ismail Sabri turut mengecam kerajaan Johor yang didakwa bersikap sambil lewa dalam menangani isu ini. -Gambar fail
Satu pasukan peguam akan disediakan bagi memberi khidmat guaman percuma kepada semua pihak yang menanggung kesan daripada tragedi sisa toksik yang sedang berlaku di Pasir Gudang.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan pasukan khas peguam itu sedia memberi khidmat bagi tujuan menuntut ganti rugi terhadap mana-mana pemilik kilang yang terbabit.
Ismail Sabri yang juga Ketua Pembangkang Malaysia berkata pasukan peguam yang diketuai Adzly Ab Manas akan turun ke lokasi untuk bertemu mangsa.
Beliau mendesak agar tindakan membuang sisa toksik ke Sungai Kim Kim itu dianggap sebagai perbuatan jenayah.
"Maka saya mendesak supaya pihak berkuasa bertindak segera, menghadapkan mereka ke muka pengadilan tanpa berdolak-dalik lagi," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Beliau dalam pada itu mengecam kerajaan Johor yang didakwa bersikap sambil lewa dalam menangani isu ini.
Ia susulan kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang mendedahkan tiada tindakan pembersihan sungai dilakukan susulan kejadian.
"Lebih mengecewakan apabila alasan kerajaan Negeri Johor tidak melakukan pembersihan kerana kos pembersihan terlalu tinggi.
"Seolah-olah menunjukkan nyawa rakyat tidak berharga kepada Kerajaan Negeri Johor.
"Saya juga amat kecewa dengan keputusan Kerajaan Persekutuan untuk tidak mengisytiharkan ‘Darurat Bencana’ di Pasir Gudang dan Tebrau walaupun usul tergempar telah dibawa oleh Ahli Parlimen Pasir Gudang dan disokong sepenuhnya oleh barisan pembangkang Barisan Nasional dan PAS," katanya lagi.
Pencemaran sisa bahan kimia di Pasir Gudang telah menjejaskan kesihatan lebih 2,000 orang awam dan menyebabkan 111 sekolah di daerah itu diarah ditutup dipercayai susulan pembuangan sisa toksik di Sungai Kim Kim pada 7 Mac.
Topic Berkaitan
#bencana
#Bencana Kim Kim
#ismail sabri yaakob
#Johor Darul Takzim
#Malaysia
#Pasir Gudang
#Sungai Kim Kim
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan