awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berang diikat rakan ketika mabuk, lelaki bakar rumah

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
24/03/2023
23:15 MYT
Berang diikat rakan ketika mabuk, lelaki bakar rumah
Polis Daerah Serdang menahan suspek yang berada dalam keadaan mabuk yang disyaki menjadi punca kejadian membakar rumah di Taman Kinrara pada petang Jumaat. - Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Berang diikat oleh rakan serumah ketika mabuk dan berkhayal, seorang lelaki warga Indonesia bertindak membakar rumah didiami mereka di sebuah flat di Taman Kinrara 1, Bandar Kinrara, Selangor.
Menurut Ketua Polis Daerah Serdang ACP A A Anbalagan, kejadian berlaku pada 6.51 petang, pada Jumaat.
"Siasatan awal mendapati, suspek berusia 34 tahun itu telah diikat dan dikurung oleh rakan serumahnya sebelum berjaya melepaskan diri dan membakar rumah tersebut disebabkan terlalu marah dengan rakan yang mengikatnya.
"Maklumat awal diterima bahawa dua lelaki, dua wanita dan seorang kanak-kanak menginap di rumah berkenaan.
"Suspek dikatakan telah mengambil dadah jenis syabu yang mengakibatkan khayal tidak sedarkan diri serta meracau, menyebabkan rakan rumahnya mengikat dan mengurungnya di dalam sebuah bilik," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Flat di Taman Kinrara 1 yang terbakar dalam kejadian petang semalam. - Foto PDRM
Flat di Taman Kinrara 1 yang terbakar dalam kejadian petang semalam. - Foto PDRM
Sehubungan itu, Anbalagan berkata, polis menahan suspek dalam keadaan mabuk yang disyaki menjadi punca kejadian tersebut.
"Polis masih menjalankan siasatan mengesan mangsa yang terlibat secara keseluruhan dalam kes ini dan akan dimaklumkan dari masa ke masa," ujarnya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 435/307 Kanun Keseksaan.
Suspek ditangkap oleh Polis Daerah Serdang dalam keadaan mabuk. - Foto PDRM
Suspek ditangkap oleh Polis Daerah Serdang dalam keadaan mabuk. - Foto PDRM
Topic Berkaitan
#mabuk
#warga Indonesia
#bakar rumah
#Dadah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan