awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor tangani isu rumah ibadat tidak sah secara berhemah, ikut undang-undang - MB
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
Harga barangan dan makanan KLIA disaran lebih berpatutan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berebut harta, suami isteri mati dibunuh

Sinar Harian
Sinar Harian
05/03/2024
14:28 MYT
Berebut harta, suami isteri mati dibunuh
Suami isteri ditemui mati dipercayai dibunuh di kawasan kebun sawit dekat Pantai Remis, Manjung pada Selasa. - Sinar Harian
MANJUNG: Suami isteri ditemui mati dipercayai dibunuh di kawasan kebun sawit dekat Pantai Remis, di sini pada Selasa.
Keadaan mangsa masing-masing berusia 74 tahun itu dimaklumkan kepada polis sekitar jam 3.30 petang.
Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nordin Abdullah berkata, siasatan dijalankan mendapati, telah berlaku pertengkaran antara kedua-dua mangsa dengan seorang lelaki sebelum kejadian.
Menurutnya, pertengkaran bersama lelaki yang merupakan adik kepada suami itu dikatakan berpunca daripada perebutan harta tanah kebun.
"Mayat suami isteri itu dijumpai dalam kebun dengan kecederaan di kepala dan muka kesan dilibas dengan sabit sawit.
"Suspek kes itu berusia 61 tahun telah berjaya ditahan bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan di sini pada Selasa.
Beliau berkata, mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian.
Katanya, polis akan mendapatkan perintah reman ke atas suspek esok bagi siasatan lanjut.
"Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung, Asisten Superintenden Ashazarul Khairi Ab Hamid di talian 012-5087026.
- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#berebut harta
#suami isteri
#bunuh
#Pantai Remis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan