awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket seks dan scan dalam talian melalui Op Bugil
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berek polis antara terjejas banjir kilat di Cameron Highlands

Bernama
Bernama
16/05/2017
23:51 MYT
Berek polis antara terjejas banjir kilat di Cameron Highlands
Balai Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands menerima panggilan mengenai banjir kilat di sekitar kawasan berkenaan kira-kira 6.20 petang. - Gambar fail
Sebelas rumah termasuk tiga berek polis di Balai Polis Ringlet dan sebuah stor menyimpan pakaian di Kampung Baru Ringlet di sini, terjejas ekoran air Sungai Ringlet melimpah akibat hujan lebat petang Selasa.
Hujan lebat yang berlarutan dalam tempoh dua jam sejak 5 petang itu, menyebabkan banjir kilat selama setengah jam di kawasan berkenaan.
Ketua Polis Daerah Cameron Highlands DSP Hasadid A. Hamid berkata 32 mangsa termasuk lapan orang daripada tiga keluarga anggota polis terjejas akibat banjir kilat tersebut.
"Rumah yang terlibat dalam banjir kilat itu mengalami kerosakan seperti pakaian dan peralatan perabot manakala lima kenderaan termasuk sebuah motosikal turut rosak akibat bencana itu.
"Tiada kerosakan berlaku di Balai Polis Ringlet kerana limpahan air tidak memasuki ke dalam balai, namun hanya tiga berek polis termasuk kediaman Ketua Polis Balai Polis Ringlet yang terjejas akibat banjir kilat," katanya dalam kenyataan di sini malam tadi.
Hasadid berkata jumlah kerugian akibat bencana itu masih dalam siasatan dan tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan, selain tiada pusat pemindahan sementara dibuka sehingga kini.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands Muhamad Haziq Hazmi berkata pihaknya menerima panggilan mengenai banjir kilat di sekitar kawasan berkenaan kira-kira 6.20 petang.
"Kawasan di sekitar Ringlet dinaiki air sedalam satu meter, dan punca banjir kilat itu disebabkan taburan hujan yang banyak dan air Sungai Ringlet mengalir dari hulu terus ke Pekan Ringlet dan masuk ke Empangan Sultan Abu Bakar," katanya,
Beliau berkata kerja-kerja pembersihan rumah serta pemindahan barang akibat bencana itu telah dilakukan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#Cameron Highlands
#Hasadid A Hamid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan