awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu' tema Hari Guru tahun ini

Astro Awani
Astro Awani
11/05/2020
20:42 MYT
'Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu' tema Hari Guru tahun ini
KPM yakin tema tahun ini dapat memberi semangat baharu kepaa guru serta murid yang seterusnya membentuk masyarakat yang menuntut ilmu dengan niat ikhlas agar ilmu mudah melekat dalam sanubari. -Gambar hiasan
Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu.
Itu adalah tema Hari Guru sempena sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaaan kali ke-49 pada tahun ini.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam satu kenyataan pada Isnin menjelaskan tema itu menyentuh peranan guru dalam memperkasa keilmuan dan profesionalisme bagi membina generasi baharu negara yang dapat memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
"Guru merupakan insan yang sentiasa dahagakan ilmu dan tidak jemu memperlengkap dirinya dengan pelbagai pengetahuan, kemahiran dan nilai sejajar dengan prinsip pembelajaran sepanjang hayat (lifelong learning).
"Dalam konteks berguru, ilmu hendaklah diperoleh daripada seseorang yang mempunyai kepakaran atau kemahiran yang autentik serta berasaskan sumber yang betul, sahih dan berwibawa.
"Murid perlu menginsafi bahawa tidak ada manusia yang mencapai kejayaan di dunia ini tanpa kehadiran insan bergelar guru.
"Guru juga insan yang banyak membentuk karakter dan keperibadian seseorang," katanya.
Pada masa sama, KPM yakin tema tahun ini dapat memberi semangat baharu kepada guru serta murid, seterusnya membentuk masyarakat yang menuntut ilmu dengan niat ikhlas agar ilmu mudah melekat dalam sanubari.
Topic Berkaitan
#Berguru Demi Ilmu
#Falsafah Pendidikan Kebangsaan
#guru
#Hari Guru
#Kementerian Pendidikan
#murid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan