awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Melania Trump nafi dakwaan hubungan dengan Epstein, desak pendengaran Kongres
Konflik Asia Barat: Israel mahu adakan rundingan terus dengan Lubnan
Konflik Asia Barat: Delegasi Iran akan ke Pakistan untuk rundingan damai dengan AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita pertunangan Syed Saddiq, Bella terus raih perhatian, netizen tumpang gembira

Yasmin Ahmad
Yasmin Ahmad
28/03/2026
03:10 MYT
Berita pertunangan Syed Saddiq, Bella terus raih perhatian, netizen tumpang gembira
Ruangan komen perkongsian Syed Saddiq dibanjiri pelbagai reaksi positif dan ucapan tahniah.
Perkongsian terbaharu Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, yang mengumumkan akan bertunang dengan pelakon dan penyanyi, Bella Astillah, hari ini mencuri tumpuan banyak pihak.
Ruangan komen perkongsian berkenaan di Instagram (IG) Syed Saddiq dibanjiri pelbagai reaksi positif dan ucapan tahniah.
Rata‑rata pengguna media sosial meluahkan rasa gembira, dengan ramai mendoakan kebahagiaan kedua‑dua mereka.
Antara komen yang netizen termasuk ucapan “Alhamdulillah”, “Comel sangat tengok dua ni” dan “Nampak sangat saling menyokong”.
Tidak kurang juga yang memuji keperibadian Syed Saddiq dan Bella yang dilihat kerap berada di sisi masing-masing ketika melalui fasa sukar.
BACA: 'Will you marry me?' Dari puncak Gunung Kinabalu, Syed Saddiq-Bella bertunang hari ini
View this post on Instagram
A post shared by MeleTOP (@meletop)
Turut menarik perhatian ialah komen Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, yang gembira dengan berita berkenaan dan menulis ucapan ringkas tetapi bermakna: “Alhamdulillah”.
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, turut menitipkan ucapan doa: “Alhamdulillah, syukur. Semoga bahagia hingga anak cucu.”
Selain itu, beberapa rakan selebriti serta wakil jenama besar yang pernah bekerjasama dengan pasangan berkenaan turut tampil meninggalkan mesej sokongan kepada mereka.
Terdahulu, Syed Saddiq melalui akaun IG, mengumumkan akan bertunang dengan Bella, hari ini, selepas melamar wanita itu di puncak Gunung Kinabalu, sebelum ini.
Pertunangan itu sekali gus menamatkan spekulasi berbulan‑bulan mengenai status hubungan mereka yang sering menjadi perhatian ramai.
Saksikan majlis pertunangan Syed Saddiq dan Bella Astillah secara eksklusif di Astro AWANI, Astro Ria dan Sooka pada jam 3.30 petang ini dan penstriman langsung di platform TikTok Astro Gempak.
Topic Berkaitan
#Syed Saddiq
#Bella Astilah
#BellaSyedYes
#bass
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan