Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 28 Februari 2026.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 28 Februari 2026.
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kadar dividen 2025 yang lebih rendah berbanding tahun sebelumnya iaitu 6.15 peratus bagi kedua-dua jenis simpanan, Konvensional dan Shariah.
“Kalau tiada makanan buat mangsa banjir di sini saya yang salah,” kata Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah Datuk Jamawi Jaafar memberikan jaminan makanan dan keperluan lain akan diberikan kepada mangsa banjir, di sini.
Umat Islam dinasihatkan tidak membuat spekulasi awal berhubung 1 Syawal dan menunggu pengumuman rasmi pihak berautoriti.
4. Pelajar perlu berubah, bergerak seiring kepantasan zaman - PM Anwar
Pelajar mesti menerima perubahan dan memperkukuh usaha menuntut ilmu kerana tuntutan era moden memerlukan kecekalan, asas moral yang kukuh serta kesediaan meninggalkan amalan lapuk, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tiga anak bekas Menteri Kewangan Allahyarham Tun Daim Zainuddin, yang dikehendaki Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang berada di luar negara, kata Ketua Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Shaaban.
6. Malaysia Airlines batal penerbangan ke/dari Doha, Jeddah dan Madinah pada 28 Feb - 1 Mac 2026
Malaysia Airlines membatalkan beberapa penerbangan antara antara Kuala Lumpur (KUL) dan Doha (DOH), Jeddah (JED), serta Madinah (MED) pada 28 Februari dan 1 Mac 2026, susulan penutupan ruang udara di beberapa bahagian di Timur Tengah.
7. Pelantikan Mahkamah AIAC tingkatkan kredibiliti Malaysia
Pelantikan ahli pertama Mahkamah Timbang Tara Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) menandakan langkah penting dalam agenda pembaharuan di bawah Perjanjian Tambahan antara Kerajaan Malaysia dan Pertubuhan Perundingan Undang-Undang Asia-Afrika (AALCO).
8. PM Anwar tegas perangi rasuah, tidak gentar tekanan dan serangan balas
Usaha memulihkan imej negara dan memperkukuh nilai kemanusiaan tidak boleh dipisahkan daripada tindakan tegas memerangi rasuah walaupun berdepan tentangan dan serangan balas.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang menjalankan siasatan menyeluruh dari pelbagai sudut, termasuk kemungkinan wujud elemen jenayah terancang, susulan penahanan sembilan individu yang disyaki terbabit dalam insiden melepaskan tembakan ke arah kenderaan Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) di Bukit Kayu Hitam, Kedah, Rabu lepas.
10. Surat tunjuk sebab dikeluarkan kerana Rafizi seakan hilang kepercayaan terhadap parti
Ahli Parlimen Pandan Datuk Seri Rafizi Ramli diberikan Surat Tunjuk Sebab berikutan tindakan beliau seakan-akan telah hilang kepercayaan terhadap parti, kata Setiausaha Agung PKR Datuk Dr Fuziah Salleh.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

