Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Mac 2026.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Mac 2026.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan cuti tambahan sehari sempena Aidilfitri bergantung kepada sama ada pada Jumaat depan atau Isnin berikutnya.
Dakwaan Ketua Penerangan Dewan Ulamak Pas Pusat Datuk Mohd Nor Hamzah kononnya kerajaan gagal merangka perancangan konkrit berdepan konflik Asia Barat disifatkan tidak berasas dan umpama "panglima kesiangan".
Dua penyelam lelaki yang sebelum ini dikhuatiri hilang ketika melakukan aktiviti itu di Pasir Akar Marine Park, Pulau Redang ditemukan dalam keadaan selamat malam tadi.
Penceramah bebas Zamri Vinoth dan aktivis Tamim Dahri dikesan memasuki Thailand melalui pintu masuk di wilayah selatan negara ini pada Khamis lepas.
Kerajaan Kelantan bersetuju mengisytiharkan 19 Mac (Khamis) ini sebagai Cuti Hari Kelepasan Am bagi negeri itu sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.
Operasi di hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan berjalan seperti biasa sepanjang cuti Aidilfitri bagi memastikan perkhidmatan kesihatan kepada rakyat tidak terjejas.
Jumlah individu terlibat dalam penyalahgunaan dadah dan menjalani rawatan serta pemulihan di seluruh negara pada tahun lepas mencatatkan sedikit penurunan kepada 191,832 orang, berbanding 192,857 orang pada tahun sebelumnya.
Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) akan meningkatkan kuota pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 bagi Siri 2 2026 susulan penambahan sebuah lagi pusat latihan.
9. 'Jenayah' serius, sampai sekarang kita tak tahu siapa - Presiden Persatuan Bolasepak Cina Malaysia
PRESIDEN Persatuan Bolasepak Cina Malaysia (MCFA), Datuk Jeffery Low Han Chau, mahu individu atau pihak bertanggungjawab segera dikenal pasti bagi mengetahui 'rahsia' sebenar isu pemalsuan dokumen tujuh pemain Harimau Malaya.
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad menasihati golongan muda atau belia supaya tidak sewenang-wenangnya menyebarkan fitnah melalui aplikasi pesanan ringkas atau media sosial bagi memastikan keharmonian dan keamanan negara terus terpelihara.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
