Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 4 April 2026.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 4 April 2026.
Bekas Menteri Pengangkutan yang juga Presiden Kehormat Seluruh Hidup MCA, Tun Dr Ling Liong Sik, 83, meninggal dunia pagi Sabtu.
Malaysia masih mempunyai bekalan minyak mentah yang mencukupi memandangkan penghantaran bagi hampir 40 peratus import minyak mentah negara adalah melalui Selat Hormuz berbanding hampir 90 peratus import bagi negara ASEAN lain.
Seorang wanita orang kurang upaya (OKU) ditemukan rentung selepas terperangkap dalam kebakaran sebuah rumah teres di Taman Mantin Baharu, di sini, pada Jumaat.
Perdana Menteri menyelar sikap hipokrit kuasa Barat yang sering bertindak sebagai "guru" hak asasi manusia kepada negara lain, namun pada masa sama mendiamkan diri terhadap kezaliman yang berlaku di hadapan dunia.
Bekalan makanan negara mencukupi, stabil - Mohamad Sabu
Perubahan harga mungkin berlaku sekiranya bekalan semasa kehabisan dan kemudian digantikan dengan kemasukan stok baharu.
MetMalaysia turut memaklumkan bahawa tiga negeri melibatkan 14 daerah berada pada Tahap 1, iaitu tahap berjaga-jaga.
Malaysia menegaskan komitmennya untuk menjalin hubungan baik dengan semua negara serta menentukan dasar sendiri sebagai sebuah negara merdeka, termasuk dalam mengurus cabaran krisis tenaga global, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Misi bantuan Gaza: Pemilihan MB Selangor bantu permudah rundingan dengan Mesir - Anwar
Pemilihan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari mengetuai Misi Bantuan Kecemasan Malaysia ke Gaza dan delegasi Global Sumud Flotilla 2.0 adalah bagi memudahkan urusan perundingan dengan kerajaan Mesir sekali gus melancarkan penghantaran bantuan.
Lembaga Tabung Haji (TH) melancarkan inisiatif Haji Lestari iaitu sebuah program kitar semula dan kitar tinggi menggunakan kain ihram terpakai oleh para jemaah haji bagi memupuk budaya sifar sisa serta menyokong usaha memelihara kelestarian alam sekitar.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Zulkifli Hasan, berkata perkara itu disahkan oleh kerajaan Arab Saudi selepas sesi Forum Umrah dan Ziarah bersama Menteri Haji dan Umrah negara berkenaan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

