Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 5 April 2026.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 5 April 2026.
Kerajaan sedang berusaha sedaya upaya mencari penyelesaian bagi mengatasi tekanan impak krisis tenaga global susulan konflik di Asia Barat.
Malaysia mengecam keras serangan berterusan terhadap pasukan pengaman Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) yang disifatkan sebagai pelanggaran serius undang-undang antarabangsa.
Mendiang Tun Dr Ling Liong Sik memainkan peranan penting dalam memperkukuh infrastruktur pengangkutan Malaysia, dengan meninggalkan legasi berkekalan membabitkan pelabuhan, lapangan terbang dan rangkaian logistik yang terus menyokong daya saing negara, kata pemain industri.
Usaha kerajaan perkukuh hubungan diplomatik serta menyuarakan pendirian tegas dalam isu libatkan Iran dan Gaza wajar diberi kredit, bukan dipertikai.
Presiden Bersatu itu berkata, beliau sudah menghantar surat mencadangkan pelantikan itu perlu dibuat segera, tetapi sehingga kini tiada tindakan diambil.
Kerajaan akan menubuhkan segera Majlis Ekonomi Jingga dalam usaha merancakkan lagi industri kreatif yang dilihat berpotensi membantu pertumbuhan ekonomi ketika negara turut berdepan krisis tenaga global.
Malaysia perlu mengamalkan pendekatan diplomasi bijaksana dalam menghadapi ketidaktentuan ekonomi global susulan konflik geopolitik yang menjejaskan rantaian bekalan dan harga komoditi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Institusi pendidikan perlu berupaya mempercepat pengenalan kursus dan disiplin baharu bagi menyediakan lebih ramai tenaga kerja mahir serta pakar tempatan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketirisan wang negara berjumlah RM15.5 bilion yang berjaya dikutip semula sebelum ini sedikit sebanyak membantu kerajaan bertahan dalam menampung subsidi untuk rakyat ketika seluruh dunia berdepan krisis tenaga global.
Pelaksanaan Skim Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) meningkat tiga kali ganda pada Mac lepas, iaitu RM2.2 bilion berbanding RM700 juta sebulan sebelum ini.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

