awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isteri Perdana Menteri Sepanyol didakwa atas kes rasuah selepas siasatan dua tahun
Anggota Kongres AS, Eric Swalwell rancang letak jawatan susulan dakwaan salah laku seksual
Pelari maraton Singapura, Eugene Lim meninggal dunia pada usia 45 tahun akibat kanser, tiga hari selepas berkahwin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini (24/02/2026)

Astro AWANI
Astro AWANI
24/02/2026
04:43 MYT
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini (24/02/2026)
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 24 Februari 2026.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 24 Februari 2026.
Exco Terengganu mengaku tidak bersalah guna kedudukan untuk kepentingan keluarga
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar Terengganu, Datuk Hanafiah Mat hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, atas dua tuduhan menggunakan kedudukan untuk kepentingan ahli keluarganya pada 2018 dan 2020.
  • Perjanjian Perdagangan Malaysia-AS masih tertangguh - PM Anwar
    Perjanjian Perdagangan Timbal Balik (ART) antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) masih belum berkuat kuasa kerana tertakluk kepada proses ratifikasi mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.
  • Jenazah arwah anak Amyza Aznan selamat dikebumi, suasana sebak iringi pengebumian
    Jenazah anak kepada pelakon Amyza Aznan iaitu Allahyarham Andre Mikhail telah selamat dikebumikan pada pukul 10.40 pagi di Tanah Perkuburan Ukay Perdana, Ampang, Selangor, hari ini.
  • Keluarga Altantuya mohon kebenaran rayu ke Mahkamah Persekutuan
    Keluarga model warga Mongolia, mendiang Altantuya Shaariibuu yang dibunuh, memfailkan permohonan kebenaran merayu ke Mahkamah Persekutuan susulan keputusan Mahkamah Rayuan dalam saman sivil mereka.
  • Kes Zahid Hamidi: Belum ada keputusan, AGC tidak bantah permohonan
    Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, belum menetapkan sebarang keputusan berhubung permohonan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk dilepas dan dibebaskan daripada semua 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram berkaitan dana Yayasan Akalbudi.
  • Terus tangguh kenaikan tol tertakluk kepada keputusan Kabinet - Alexander
    Sebarang keputusan mengenai tempoh kerajaan boleh terus menanggung dan menangguhkan kenaikan kadar tol lebuh raya perlu dibuat oleh Kabinet, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
  • FAM sahkan batal tiga kejohanan kebangsaan
    Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan pembatalan penganjuran tiga kejohanan futsal dan bola sepak pantai peringkat kebangsaan musim ini selepas mengambil kira pelbagai faktor termasuk penyelarasan kalendar pertandingan.
  • Malaysia pertahan peta 1979, tolak tuntutan maritim termasuk China - Mohamad Hasan
    Kerajaan Malaysia mengambil pendirian tegas untuk terus mempertahankan kedaulatan wilayah negara dengan berpaksikan Peta Baharu Malaysia 1979 dan tidak mengiktiraf sebarang tuntutan maritim oleh pihak luar yang bertentangan dengannya termasuk oleh China.
  • SPRM sangkal dakwaan wujud 'mafia korporat', sifatkan cubaan cemar kredibiliti siasatan
    Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan mengaitkan kewujudan "Mafia Korporat" dengan suruhanjaya itu serta menyifatkan ia sebagai cubaan mencemarkan kredibiliti siasatan dan tindakan penguatkuasaan terhadap pihak tertentu dalam sektor korporat.
  • AKPS, Kastam perlu gabungkan fasiliti perkukuh penguatkuasaan e-waste - Azam Baki
    Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia perlu menggabungkan segala fasiliti dan peralatan sedia ada bagi memaksimumkan keberkesanan penggunaan teknologi dalam menangani lambakan kontena sisa elektronik (e-waste) dan plastik di negara ini, menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
    Topic Berkaitan
    #berita pilihan
    #tempatan
    #SPRM
    #meninggal dunia
    Must-Watch Video
    Cara lain mengikuti berita kami
    Iklan