awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor belum putuskan waktu kerja penjawat awam sepanjang Ramadan - MB
Australia beri amaran tegas kepada Roblox susulan aduan antun seksual kanak-kanak
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
01/07/2021
15:59 MYT
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 1 Julai 2021.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 1 Julai 2021.
1. Dasar Revolusi Perindustrian Keempat Negara dilancarkan
Kerajaan melancarkan Dasar Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) Negara bagi meningkatkan lagi keupayaan dan kemampuan negara menguasai 4IR, seterusnya memacu pertumbuhan ekonomi yang mampan dan berdaya saing.
2. Vaksin COVID-19: AstraZeneca sumbangan kerajaan Jepun tiba hari ini
Menurut Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin, bekalan vaksin ini akan dapat memperhebatkan proses vaksinasi rakyat.
3. Hotel Istana Kuala Lumpur umum tutup operasi 1 September ini
Berdasarkan sepucuk surat bertarikh 30 Jun 2021 yang ditandatangani pengurus besar hotel Noorazzudin Omar, pihak pengurusan tiada pilihan selain menutup operasi hotel bertaraf lima bintang yang berusia 29 tahun itu.
4. Suntikan dos kedua AZ dipercepatkan kepada 9 minggu - Khairy
Kerajaan bersetuju untuk mempercepatkan suntikan dos kedua vaksin AstraZeneca daripada 12 minggu kepada sembilan minggu.
5. PKPD di 14 lokaliti Kuala Lumpur, 8 daerah dan 34 mukim di Selangor mulai 3 Julai
Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di lapan daerah dalam Selangor yang membabitkan 34 buah mukim.
6. COVID-19: Kes baharu menghampiri 7,000, Selangor rekod 2,885 jangkitan
Jangkitan baharu COVID-19 merekodkan sebanyak 6,988 kes bagi tempoh 24 jam.
7. i-Citra: Guna dana Akaun 2 dahulu sebelum akses Akaun 1 - KWSP
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan menggunakan dana simpanan di dalam Akaun 2 pemohon pengeluaran i-Citra.
8. 1 Julai 2020, Malaysia hampir menang tapi genap setahun hari ini, kita masih berperang
Selepas beberapa bulan 'diserang' COVID-19 sejak awal 2020, tarikh 1 Julai tahun lalu menyaksikan Malaysia merekodkan hanya satu kes positif COVID-19. Tapi kini...
9. #BenderaPutih: Bapa tunggal hanya fikirkan perut tiga orang anaknya
Yaakob Montel, 54, yang menetap di Taman Kebaya, di sini mengakui, dia terpaksa berbuat demikian bagi mendapatkan sedikit bantuan barangan keperluan buat tiga orang anaknya yang berusia antara sembilan hingga 17 tahun.
10. Moratorium PEMULIH dianggar RM80 bilion, Malaysia negara tunggal laksanakan kali kedua
Moratorium enam bulan di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), dijangka memberi kelegaan sehingga RM80 bilion kepada kalangan peminjam individu dan perniagaan, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Topic Berkaitan
#berita pilihan
#berita tumpuan
#berita tempatan
#berita Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan