awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP Tahun Baharu Cina 2026: 16 barang dikawal harga bermula 13 Feb ini
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
India lokasi prestasi cemerlang dalam portfolio pelaburan Khazanah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
16/05/2025
15:59 MYT
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 16 Mei 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 16 Mei 2025.
1. Polis tembak mati dua penjenayah kes samun, edar dadah di Nilai
Polis menembak mati dua penjenayah lelaki dipercayai aktif kes samun dan pengedaran dadah, di tempat letak kereta sebuah kondominium, di Nilai pada 10 malam tadi.
2. Nahas trak FRU: Pemandu lori mengaku tidak bersalah sembilan tuduhan memandu secara berbahaya
Pemandu lori muatan batu yang terlibat dalam nahas jalan raya mengorbankan sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan pada Selasa, mengaku tidak bersalah terhadap sembilan pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian.
3. Nahas trak FRU: Tergamam, yang mana satu nak selamatkan dulu - Pegawai bomba
Tergamam - itu reaksi Pegawai Bomba Kanan II Muhammad Fazli Shahril Che Ad sejurus tiba di lokasi kemalangan yang mengorbankan sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Teluk Intan, Selasa lepas.
4. Pengampunan Najib: ‘Saya pemimpin negara demokrasi, bukan diktator’ – Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan beliau sama sekali tidak terlibat dalam proses pengampunan Datuk Seri Najib Tun Razak, termasuk pengurangan hukuman denda dan penjara bekas Presiden UMNO itu.
5. Pemilihan PKR: Terserah kepada Nurul Izzah, Rafizi putuskan untuk berdebat - Saifuddin
Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyerahkan kepada kedua-dua calon Timbalan Presiden PKR sama ada mahu meneruskan debat atau sebaliknya, dalam siri kempen mereka bagi pemilihan parti sesi 2025-2028.
6. Asas ekonomi Malaysia kukuh, KDNK suku pertama capai 4.4 peratus - Amir Hamzah
Ekonomi Malaysia terus mencatat pertumbuhan memberangsangkan apabila Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negara berkembang sebanyak 4.4 peratus pada suku pertama 2025 (S1 2025), selari dengan anggaran awal dan mengatasi pertumbuhan 4.2 peratus pada tempoh sama tahun lalu.
7. Nakbah 77: BDS seru rakyat Malaysia teruskan kempen boikot
Penganjur himpunan pro Palestin menyeru rakyat Malaysia agar meneruskan kempen boikot ke atas beberapa syarikat yang didakwa membantu rejim Israel melakukan jenayah perang ke atas warga Palestin.
8. Speedy Tigers ditaja Korea Selatan bagi kempen Jelajah Korea
Skuad Speedy Tigers bakal menguji taring mereka sebelum aksi Piala Negara-Negara Jun ini, apabila dijadual 'berkampung' di Korea Selatan bagi kempen Jelajah Korea bermula Ahad ini hingga 19 Mei.
9. Digitalisasi: Dunia Islam harus proaktif, bangunkan penyelesaian sesuai keperluan - PM Anwar
Kerjasama antara negara-negara Islam menjadi semakin penting, terutama dalam aspek inovasi berdaya maju dan relevan untuk setiap anggota masyarakat, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
10. Jawatankuasa tertinggi bincang aspek keselamatan pergerakan pasukan PDRM - KPN
Satu jawatankuasa tertinggi akan dibentuk bagi membincangkan langkah penambahbaikan aspek keselamatan konvoi atau pergerakan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Topic Berkaitan
#berita pilihan
#tempatan
#Polis Diraja Malaysia
#Speedy Tigers
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan