awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berjaga di pintu kokpit bukan keutamaan kami - NUFAM

Shein Shanin
Shein Shanin
04/04/2014
09:59 MYT
Berjaga di pintu kokpit bukan keutamaan kami - NUFAM
Penerbangan Malaysia (MAS) dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) harus memperkenalkan satu dasar baru untuk menempatkan seorang marshal udara di dalam sesebuah pesawat penerbangan.
Itu pandangan presiden Kesatuan Kebangsaan Anak-Anak Kapal Kabin Malaysia (NUFAM), Ismail Nasaruddin, yang berkata demikian selepas mendakwa MAS tidak memaklumkan kesatuan itu tentang perubahan prosedur baru di dalam pesawatnya.
Menurut laporan The Star, sebarang rundingan berkaitan prosedur baru itu harus dijalankan dengan pihak berkepentingan termasuk Nufam, sebelum ia dikuatkuasakan.
“Jangan tergesa-gesa menjalankan sesuatu tanpa perbincangan terlebih dahulu dengan kesatuan atau anak kapal sendiri,” katanya kepada The Star.
Antara prosedur baru yang diperkenalkan oleh MAS adalah seorang kru kabin harus berada di dek penerbangan ketika juruterbang atau pembantu juruterbang pergi ke tandas, dan kru juga harus memerhatikan sebarang individu yang ‘mencurigakan’ yang membawa bagasi ke dalam tandas.
Prosedur itu turut menguatkuasakan syarat bahawa atendan penerbangan harus berkawal di pintu kokpit pesawat ketika hidangan disajikan.
Ismail berkata atendan penerbangan bukan pengawal keselamatan dan oleh kerana wujudnya kekurangan kru kabin, perkhidmatan kepada penumpang akan terganggu sekiranya mereka terpaksa berkawal di pintu kokpit pula.
“Berjaga di pintu kokpit bukan antara keutamaan kami. Sekiranya keselamatan (juruterbang) menjadi kebimbangan, saya mencadangkan MAS memaklumkan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) untuk memperkenalkan dasar baru untuk menimbang meletakkan marshal udara di atas pesawat,” katanya.
Kata Ismail lagi, apa-apa prosedur baru harus dibincangkan dengan semua pihak berkepentingan sebelum dikuatkuasakan dan jika perlu, harus dikuatkuasakan oleh semua syarikat penerbangan.
Topic Berkaitan
#MAS
#MH370
#NUFAM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan