awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
KKM: Kes Tibi meningkat, 2,571 kes direkodkan minggu kelima 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bermula 19 Mac jangan minta resit di plaza tol PLUS

Bernama
Bernama
15/03/2018
10:53 MYT
Bermula 19 Mac jangan minta resit di plaza tol PLUS
Bagi kenderaan berat atau kenderaan komersial, penyata transaksi mereka dapat diakses apabila mendaftar menerusi program PLUSTrack. - Gambar fail
PLUS Malaysia (PLUS) akan berhenti mengeluarkan resit tol di semua plaza tol kendaliannya mulai 19 Mac ini.
Ketua Pegawai Operasi PLUS Datuk Zakaria Ahmad Zabidi berkata langkah itu diambil untuk mengelakkan kesesakan kenderaan keluar ke lebuh raya.
"Matlamat pelaksanaan transaksi tol secara elektronik sepenuhnya yang lebih pantas dan mudah sukar dicapai sekiranya masih terdapat sesetengah pengguna lebuh raya masih mahu mencetak resit tol bagi perjalanan mereka.
"Tindakan itu akan menyebabkan kesesakan di lorong terbabit dan akan mengganggu perjalanan pengguna di lorong berhampiran," katanya dalam kenyataan hari ini.
Zakaria menyarankan pengguna mendaftarkan kad PLUSMiles atau Touch 'n' Go mereka di www.plusmiles.com.my atau www.touchngo.com.my bagi membolehkan mereka mencetak penyata transaksi elektronik.
Bagi kenderaan berat atau kenderaan komersial, penyata transaksi mereka dapat diakses apabila mendaftar menerusi program PLUSTrack.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia
#operasi
#PLUS
#resit tol
#tol
#Zakaria Ahmad Zabidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan