awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelajar IPG lemas: Keluarga mangsa tuntut laporan menyeluruh, telus
OpenAI gesa California, Delaware siasat kelakuan anti-persaingan Musk
Konflik Asia Barat tekan inflasi, jejaskan ekonomi global -IMF
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bersatu Perak susun semula bahagian terjejas peletakan jawatan, pemecatan

Astro AWANI
Astro AWANI
27/02/2026
06:55 MYT
Bersatu Perak susun semula bahagian terjejas peletakan jawatan, pemecatan
Watikah pelantikan bagi barisan kepimpinan baharu di bahagian terlibat Bersatu Perak akan diserahkan dalam masa terdekat kepada Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin. - Gambar fail/Bernama
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perak dijangka melakukan penstrukturan semula melibatkan beberapa bahagian susulan peletakan jawatan ketua serta ahli jawatankuasa di peringkat tersebut.
Ketua Penerangan Bersatu Perak, Datuk Azhar Anuar memaklumkan, pasukan petugas khas parti telah mengenal pasti bahagian-bahagian terkesan, termasuk satu bahagian yang menyaksikan ketuanya dipecat.
Beliau berkata, watikah pelantikan bagi barisan kepimpinan baharu di bahagian terlibat akan diserahkan dalam masa terdekat kepada Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Tindakan yang diambil ini selaras dengan peruntukan dalam perlembagaan parti,” jelasnya menerusi satu kenyataan pada Jumaat.
Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan penghargaan kepada ahli-ahli Bersatu yang kekal setia dan bersedia memikul amanah untuk memperkukuh jentera parti di peringkat bahagian.
Sebelum ini, Bersatu Bahagian Larut, Padang Rengas, Tapah dan Gopeng mengumumkan pembubaran masing-masing susulan kemelut dalaman yang melanda parti berkenaan.
Pada masa sama, empat wakil rakyat merangkumi tiga Ahli Parlimen dan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta empat ketua bahagian Bersatu dari Perak menerima surat pemecatan daripada parti tersebut.
Topic Berkaitan
#Bersatu Perak
#Datuk Azhar Anuar
#penyusunan semula bahagian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan