awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bersikap jujur beri maklumat - PM

Azizah Shafiei
Azizah Shafiei
09/01/2022
07:44 MYT
Bersikap jujur beri maklumat - PM
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di Bera, Pahang pada Ahad. - Gambar Astro AWANI
BERA: Dalam keghairahan kerajaan menyalurkan pelbagai jenis bantuan kepada mangsa banjir, Perdana Menteri mengharapkan tiada yang mengambil kesempatan dan bersikap jujur dalam memberikan sebarang maklumat berkaitan.
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihak Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) boleh mendapatkan kerjasama daripada Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung (JPKK) untuk mendapatkan maklumat yang lebih telus.
"Kalau ada yang ambil kesempatan, pihak sektretariat PKOB boleh dapatkan kerjasama dengan semua ketua kampung. Hanya mereka yang tahu siapa yang pindah sebab banjir, kenderaan siapa yang kena banjir.
"Kita guna struktur pentadbiran di peringkat akar umbi. JPKK boleh sahkan. Kita kena percaya kepada ketua kampung untuk memberikan maklumat-maklumat berkaitan," katanya dalam sidang media selepas menyampaikan Bantuan Wang Ihsan (BWI) kepada mangsa banjir di sini, hari ini.
Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri berkata, pihak pengurusan yang menguruskan agihan BWI disarankan supaya mengamalkan prinsip memudahkan dan bukan menyulitkan mangsa-mangsa banjir dengan pengisian borang dan sebagainya.
"Kita tidak mahu menambah kesusahan mangsa banjir ini dengan karenah birokrasi. Nama mereka sudah ada, tak perlu nak isi borang," kata beliau.
Topic Berkaitan
#banjir
#mangsa banjir
#Bantuan Wang Ihsan
#Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan