awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bertanjak jual roti benggali, Shaharizal mahu pelihara busana Melayu

Bernama
Bernama
10/02/2022
03:01 MYT
Bertanjak jual roti benggali, Shaharizal mahu pelihara busana Melayu
Shaharizal mendapat ilham berniaga roti dengan memakai tanjak pada April 2021 bagi menarik minat orang ramai untuk terus mewarisi dan memelihara warisan busana Melayu itu. --fotoBERNAMA
KANGAR: Berniaga sambil mencari kelainan dengan kreativiti tersendiri dapat memberi nilai tambah kepada sesuatu produk yang dijual sekali gus dapat menarik lebih ramai pelanggan.
Itu yang dilakukan oleh Shaharizal Mukhtar, 40, yang segak bertanjak ketika menjual roti benggali pelbagai perisa menggunakan motosikal di sekitar Kangar dan Kuala Perlis bagi menyara keluarganya.
Anak jati Teluk Jambu, Bintong itu berkata beliau mendapat ilham berniaga roti dengan memakai tanjak pada April 2021 bagi menarik minat orang ramai khususnya generasi muda untuk terus mewarisi dan memelihara warisan busana Melayu itu.
"Niat saya ialah ingin kembangkan warisan ini kepada semua, kerana tidak ramai lagi yang sanggup memakai tanjak pada hari biasa kecuali pasa majlis tertentu sahaja," kata pemilik Tanjak Roti Benggali itu kepada Bernama di sini.
Beliau berkata perniagaannya itu mendapat sambutan menggalakkan, malah ada pelanggan yang sudah menjadi sahabatnya.
"Dahulu, saya pernah berniaga roti dengan seorang kawan menggunakan van namun sukar mendapat pelanggan kerana pergerakan terbatas, tidak boleh masuk ke kawasan pedalaman dan lorong perumahan.
"Sejak beralih menggunakan motosikal alhamdulillah sambutan diterima sangat baik kerana lebih mudah masuk ke kawasan kampung dan dekat dengan pelanggan," katanya.
Shaharizal menjual roti benggali pelbagai perisa menggunakan motosikal di sekitar Kangar dan Kuala Perlis. --fotoBERNAMA
Shaharizal menjual roti benggali pelbagai perisa menggunakan motosikal di sekitar Kangar dan Kuala Perlis. --fotoBERNAMA
Shaharizal menjual tiga jenis roti iaitu roti benggali biasa, roti benggali gandum dan roti ban lembut yang diperoleh daripada pembekal di Pulau Pinang.
"Bagi memastikan roti yang dijual memenuhi selera penduduk setempat, saya mengolah kembali perisa kepada lebih 10 jenis termasuk kaya, marjerin, strawberi, nanas, coklat dan vanila," katanya yang menjual lebih kurang 240 bungkus roti sehari.
Shaharizal yang berniaga bermula 8 pagi hingga 8 malam berhasrat untuk mengembangkan perniagaannya dalam bentuk francais kepada anak muda yang berminat serta bersedia berkongsi pengalaman dan rezeki kepada mereka yang ingin memulakan perniagaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#peniaga roti
#tanjak
#busana Melayu
#Tanjak Roti Benggali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan