awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angka korban bangunan runtuh di utara Lubnan meningkat kepada 14 orang
Projek pembangunan landskap di KLIA siap enam bulan lagi - Nga
Bandar sesak: Populasi berlebihan ancam alam sekitar bandar di Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Biarlah Tuhan sahaja yang menghakimi Farah Ann - Khairy Jamaluddin

T K Letchumy Tamboo
T K Letchumy Tamboo
13/06/2015
04:34 MYT
Biarlah Tuhan sahaja yang menghakimi Farah Ann - Khairy Jamaluddin
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mempertahankan pakaian yang digunakan atlet gimnastik negara, Farah Ann.
'Usah diganggu, biar Tuhan sahaja yang menghakimi beliau.'
Inilah gesaan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang memberi reaksi mengenai isu pakaian yang digunakan atlet gimnastik negara, Farah Ann Abdul Hadi pada temasya Sukan SEA 2015 Singapura, yang dikritik ramai kerana tidak menutup aurat.
Khairy, dalam mempertahankan Farah Ann, menyeru mereka yang mengkritik atlet yang berusia 21 tahun itu supaya jangan mengganggu atlet negara.
In gymnastics Farah wowed the judges and brought home gold. In her deeds only the Almighty judges her. Not you. Leave our athletes alone.
— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 12, 2015
Tweet Khairy itu mendapat pelbagai reaksi yang banyak menyokong komennya itu.
@Khairykj @PortalKritis Don't you feel pathetic that we have ppl at home thinking like that to insult her? ;-p
— Public Opinion (@billtay25) June 13, 2015
@Khairykj our athletes are patriots they've sacrificed for the country if you nothing good to say shut up or match her achievements
— Patrick Seers (@patseers) June 12, 2015
@Khairykj Well said! /p>— Wa.Lau.Wei (@WaLauWei) June 12, 2015
Kritikan ke atas Farah Ann bermula apabila sebuah stesen televisyen swasta memuatnaik gambar yang dikatakan menjolok mata, selepas dia memenangi pingat emas ketiga skuad gimnastik pada Rabu melalui kategori rutin lantai.
Kritikan antara lain berkata Farah Ann tidak akan mendapat pahala dan harus menjawab di akhirat nanti.
BACA: 'Bising bila nampak lurah faraj, diam bila tengok drama peluk-peluk' - Dr Mariani
Namun demikian, ada juga yang mempertahankan pakaian itu, dengan menyifatkan Farah Ann sudah mengharumkan nama negara dengan pingat emasnya selain tidak bersalah kerana memakai pakaian yang bertepatan dengan sukan yang disertainya.
Anak mantan Perdana Menteri, Marina Mahathir, turut bertanya di dalam laman Facebooknya, apakah sumbangan mereka yang menghabiskan masa mereka dengan melihat bahagian sulit atlet, kepada negara.
Ada juga yang bertanya adakah lebih baik sekiranya atlet gimnastik memakai jubah dan tudung?
Topic Berkaitan
#aurat
#Farah Ann Abdul Hadi
#Khairy Jamaluddin
#pakaian gimnastik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan