awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
KKM: Kes Tibi meningkat, 2,571 kes direkodkan minggu kelima 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bible dicap elak diedar di Selangor, kata Sultan

Astro Awani
Astro Awani
11/12/2014
15:52 MYT
Bible dicap elak diedar di Selangor, kata Sultan
Sultan juga menggesa masyarakat bukan Islam menghormati dan melindungi sensitiviti agama orang Islam di Malaysia, terutamanya di Selangor. -Gambar fail
321 buah kitab Bible dan 30 salinan Gospel St Luke yang dipulangkan bersama cap amaran adalah bagi mengelakkan ia diedar di Selangor.
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkata demikian dalam satu temubual bersama akhbar The Star sempena Hari Keputeraan baginda, pada Khamis.
Baginda bertitah bahawa Persatuan Gereja Sarawak (ACS), iaitu penerima bible berkenaan, sedia maklum tentang cap tersebut.
Sultan memberitahu, Bible itu dicap kerana terdapat pelanggaran perundangan tahun 1988 meskipun Peguam Negara memutuskan tiada perkara yang menyalahi undang-undang.
Sultan juga menggesa masyarakat bukan Islam menghormati dan melindungi sensitiviti agama orang Islam di Malaysia, terutamanya di Selangor.
"Beta berharap pengedaran dan percetakan Bible yang mengandungi kalimah 'Allah' tidak lagi dilakukan di Selangor.
"Undang-undangnya khusus dan jelas. Ia menjadi satu kesalahan mengikut Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988.
"Tetapi, pada masa sama kita harus ingat, Bible yang dirampas itu milik orang Kristian. Ia mesti dipulangkan kepada pemilik sebenar," baginda dipetik sebagai berkata.
Terdahulu, Pertubuhan Bible Malaysia kecewa apabila mendapati 321 buah kitab Bible dan 30 salinan Gospel St. Luke yang dirampas oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 2 Januari lalu dipulangkan kepada mereka dalam keadaan halamannya sudah dicap dengan amaran.
Dalam sebuah kenyataan media yang ditandatangani Presidennya, Bishop Datuk Ng Moon Hing, berkata bahawa tindakan itu seolah-olah membelakangkan titah Sultan Selangor agar isu rampasan Bible tersebut diselesaikan segera.
Cap amaran itu tertera: "Penggunaan terhad kepada orang bukan Islam sahaja dan tidak boleh diterbitkan atau digunakan di mana-mana bahagian di dalam negeri Selangor selaras dengan Seksyen 9 (1) Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988."
Topic Berkaitan
#Bible
#Sultan Selangor
#Sultan Sharafuddin Idris Shah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan