awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bilangan jemaah di KL, Putrajaya dan Labuan dibenar mengikut kapasiti masjid bermula esok

Fareez Azman
Fareez Azman
17/03/2021
10:44 MYT
Bilangan jemaah di KL, Putrajaya dan Labuan dibenar mengikut kapasiti masjid bermula esok
Meskipun dibenarkan, penjarakan fizikal 1.5 meter masih perlu diamalkan setiap jemaah. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Bilangan jemaah bagi solat Jumaat, Fardu dan aktiviti pengimarahan masjid di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan dibenarkan mengikut ruangan masjid serta surau berkuat kuasa esok.
Menurut Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Mohd Ajib Ismail, kebenaran itu selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah.
Bagaimanapun jelasnya, penjarakan fizikal 1.5 meter masih perlu diamalkan setiap jemaah.
"Bagi aktiviti pengimarahan, masjid dan surau di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dibenarkan mengadakan aktiviti seperti kuliah Maghrib, kuliah Subuh, kuliah Dhuha dan lain-lain dengan jarak fizikal sama," jelasnya dalam kenyataan pada Rabu.
Bagi aktiviti pengimarahan Ramadan pula jelasnya, solat sunat tarawih, tadarus dan qiamullail dibenarkan.
"Had jemaah bagi solat sunat tarawih adalah mengikut kapasiti masjid dan surau. Ia hendaklah dilaksanakan sebanyak 20 rakaat dengan bacaan surah-surah atau ayat-ayat pendek," katanya.
Bagaimanapun tazkirah tidak dibenarkan sepanjang pelaksanaan solat sunat tarawih. Bagi Tadarus Al-Quran pula jelasnya boleh dilaksanakan dengan jumlah peserta separuh daripada kapasiti dewan solat utama.
"Sementara qiamullail boleh dilaksanakan iaitu 30 minit sebelum waktu imsak," katanya lagi.
"Jamuan berbuka puasa dan moreh bagaimanapun tidak dibenarkan, sebaliknya pihak jawatankuasa masjid digalakkan menyedia juadah berbuka puasa secara berbungkus.
"Meskipun moreh tidak dibenarkan, jawatankuasa kariah boleh menyediakan makanan secara berbungkus selepas tarawih untuk dibawa pulang oleh jemaah," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#perintah kawalan pergerakan
#perintah kawalan pergerakan bersyarat
#PKPP
#Ramadan
#Islam
#Solat Jumaat
#tarawih
#terawih
#moreh
#berbuka puasa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan